Terima tawaran kerja sebab gaji atau jarak? Kongsikan kriteria pekerjaan yang anda mahu!

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, hambatan pandemik yang melanda dunia dan Malaysia secara khususnya telah memberikan kesan besar terhadap pasaran buruh negara.

Pada September lalu – Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan jumlah pengangguran di negara ini meningkat pada kadar 778,200.

Lebih menyedihkan, jumlah itu termasuklah dari kalangan para lepasan sekolah, graduan pengajian tinggi dan mereka yang kehilangan kerja akibat penutupan atau penstrukturan semula syarikat.

Dalam masa sama, terdapat juga suara-suara dari segelintir pihak yang mengatakan pengangguran itu berpunca kerana sebahagian besar rakyat negara ini yang bersikap terlalu memilih.

Walaupun ramai pihak yang membantah tuduhan berkenaan, nampaknya ia telah menjadi salah satu hujah utama oleh pihak-pihak tertentu sebagai alasan mereka.

Apa kriteria pekerjaan yang anda mahu?

Makanya, bagi meneliti dan mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan pandangan rakyat Malaysia – BERIKERJA telah memulakan usaha kaji selidik dengan memperkenalkan: TINJAUAN KRITERIA PEKERJAAN MALAYSIA.

Melalui tinjauan ini, pelbagai aspek pekerjaan akan dikenal pasti khususnya berkaitan dengan jenis pekerjaan, cara temuduga, gaji dan sebagainya.

Oleh itu, pihak BERIKERJA menjemput para pembaca sekalian untuk sama-sama meluangkan sedikit masa memberikan pandangan dalam tinjauan ini – KLIK SINI.

Jasa baik dan luangan masa anda sekalian amat kami dihargai.

BERIKERJA juga akan terus berusaha dalam menyampaikan maklumat kekosongan jawatan yang lebih terkini dan dipercayai.

SERTAI TINJAUAN KRITERIA PEKERJAAN MALAYSIA – DI SINI

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…