Texas Chicken Malaysia buka kekosongan di beberapa cawangan. Berminat, mohon sekarang

Bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1952, kini rangkain Texas Chicken telah bertebaran di serata dunia, termasuklah Malaysia. Rangkaian restoran ini secara tepatnya mula memasuki negara ini pada Julai 2012 dan kini telah berkembang maju ke serata pelusuk negara.

Bagi merancakkan lagi operasi dan menampung permintaan, Texas Chicken (Malaysia) Sdn Bhd telah membuka kekosongan jawatan sebagai KREW RESTORAN di beberapa buah cawangannya, seperti di:

  1. SS15 Courtyard, Subang Jaya
  2. Putrajaya
  3. Cyberjaya
  4. Mid Valley Southkey
  5. Toppen, Johor Bahru
  6. PJ New Town
  7. TTMC, Cheras
  8. Up Town, Damansara
  9. Tasek Central, Johor
  10. Quennsbay, Pulau Pinang
  11. Klang Parade
  12. Evolve, Petaling Jaya
  13. Tesco, Setia Alam

 

Syarat kelayakan:

  • Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap.
  • Berumur 17 tahun dan ke atas.
  • Boleh bekerja secara syif, pada hujung minggu dan cuti umum.
  • Memiliki keterampilan dan personaliti yang menarik.

 

Bidang tugas:

  • Menyediakan makanan dan minuman.
  • Memastikan kebersihan dan kekemasan tempat kerja.
  • Mengambil dan menyediakan pesanan pelanggan.
  • Berpengetahuan tantang menu dan produk.
  • Menjalankan tugas-tugas lain jika diperlukan.

 

Cara memohon

Kepada calon yang berminat dan berkelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat DI SINI. Tarikh tutup permohonan pula adalah pada 20 APRIL 2021.

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…