The Chicken Rice Shop buka pelbagai kekosongan. Lebih 100 jawatan boleh dimohon

Mula ditubuhkan pada Jun 2000, The Chicken Rice Shop kini telah menjadi salah sebuah rangkaian restoran yang cukup terkenal di Malaysia. Menyediakan pelbagai masakan Malaysia dan Asia, khususnya Nasi Ayam – restoran kendalian TCRS Restaurants Sdn Bhd ini sedang mencari bakat-bakat baru bagi melancarkan lagi perjalanan pengurusannya.

Oleh itu, TCRS Restaurants Sdn Bhd telah membuka lebih 100 kekosongan jawatan yang sedia untuk diisi, merangkumi beberapa cawangannya di seluruh negara. Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan:

  1. Pembantu Dapur
  2. Pembantu Gudang
  3. Penyelia (Selangor & KL)
  4. Pelatih Pembantu Pengurusan Restoran
  5. Krew Dapur (lebih 100 kekosongan)

 

Permohonan jawatan-jawatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia atau pemastautin tetap yang berumur 18 tahun dan ke atas. Tahap pendidikan bagi jawatan yang ditawarkan pula adalah dari peringkat SPM hingga Diploma dengan gaji sekitar RM1,000 hingga RM2,500 sebulan.

Cara memohon:

Setiap jawatan juga datang dengan beberapa manfaat seperti:

  • Caruman KWSP dan PERKESO
  • Program latihan
  • Cuti tahunan
  • Bonus tahunan
  • Hostel

 

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat lanjut iklan dan permohonan boleh dibuat dengan KLIK SINI. Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 FEBRUARI 2021 dan 20 MAC 2021 (untuk jawatan tertentu).

___________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

SPA Buka Pengambilan Penjawat Awam di JAKOA Tahun 2025: Mohon Sekarang

SPA Buka Pengambilan Penjawat Awam di JAKOA Tahun 2025: Mohon Sekarang

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Jumlah bayaran SARA bulan Jun 2025 yang dikreditkan ke Kad Pengenalan (MyKad)

Jumlah bayaran SARA bulan Jun 2025 yang dikreditkan ke Kad Pengenalan (MyKad)

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Dalam situasi ekonomi semasa…
Lebih 20 Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) Tahun 2025: Gaji Sehingga RM11,110

Lebih 20 Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) Tahun 2025: Gaji Sehingga RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Malaya (UM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…