Tiada pendapatan tetap, tapi boleh beli rumah: Ini cara memohon Skim Jaminan Kredit Perumahan

Dalam usaha membantu segenap masyarakat memiliki rumah sendiri, pihak kerajaan melalui Bajet 2022 akan menyediakan jaminan sehingga RM2 bilion kepada bank melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan.

Skim ini diperkenalkan bagi memudahkan urusan pembiayaan membeli rumah oleh golongan yang tidak mempunyai pendapatan tetap, seperti para pengusaha kecil, petani, pekerja gig dan seumpamanya. Ini adalah penjelasan lanjut mengenainya: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dan lain-lain atau berpendapatan tetap. Pinjaman bersama dibenarkan;
  • Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami;
  • Pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan;
  • Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan;
  • Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar;
  • Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini;
  • Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.

Syarat-syarat Pembiayaan

  1. Jumlah Pembiayaan: Sehingga 100% daripada harga pembelian tertakluk kepada pembiayaan maksima RM300,000.00 (termasuk MRTA / MRTT).
  2. Jenis Pembiayaan: Pembiayaan Berjangka sahaja.
  3. Tempoh: Sehingga 35 tahun atau usia pemohon 65 tahun, mana-mana yang terdahulu.
  4. Kadar Faedah: Kadar Pinjaman Asas (BLR) / Kadar Pembiayaan Asas (BFR) institusi-institusi kewangan yang menawarkan pinjaman.
  5. MRTA / MRTT: Wajib
  6. Lain-lain: Deposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan.

Cara Memohon

Untuk urusan permohonan, ia boleh dibuat dengan tatacara berikut:

  • Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
  • Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli
  • Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga.
  • Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata KWSP.
  • Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.

 

Senarai institusi kewangan yang terlibat dalam skim ini boleh dirujuk – DI SINI.

Manakala, jika terdapat sebarang persoalan tentang skim ini, pemohon boleh menghubungi pihak Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad di talian 03-2096 5000 atau e-mel: enquiry@sjkp.com.my.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar ini, pelbagai jenis inisiatif, bantuan dan program telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada…
YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan…