Tidak lulus Fasa 2? Berikut panduan Permohonan Rayuan BPR 2021 yang akan dibuka minggu depan

Seperti semua yang sedia maklum, kerajaan sebelum ini telah memperuntukkan dana sebanyak RM2.75 bilion bagi pembayaran Fasa 2 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang bermula pada 7 Mei lalu. Melalui inisiatif ini, ia dijangka akan memberikan manfaat kepada sekiatar 3.6 juta isi rumah, satu juta warga emas dan 3.8 juta individu bujang yang layak.

Bagaimanapun, terdapat banyak aduan dan rungutan yang timbul sejak Mei lalu apabila ramai juga penerima BPR Fasa 1 yang ditolak permohonan mereka untuk Fasa 2.

Berdasarkan BPR 2021 (FAQ ) Bayaran Fasa Kedua yang diterbitkan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kelayakan pembayaran Fasa 2 adalah berdasarkan semakan verifikasi kelayakan bagi Permohonan BPR 2021 yang dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran BPR 2021.

Alasan BPR Fasa 2 tidak diluluskan

Bagaimanapun, terdapat beberapa Kod Alasan yang menjadi punca BPR Fasa 2 tidak diluluskan (senarai lengkap KLIK SINI):

  • Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan.
  • Pemohon berstatus Kahwin tetapi tiada maklumat Pasangan.
  • Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  • Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  • Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa.
  • Pemohon / Pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian.

 

Cara membuat rayuan BPR 2021

Untuk Permohonan Rayuan BPR 2021, ia boleh dibuat mulai pada 15 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021 (tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa). Terdapat dua kaedah permohonan yang disediakan, iaitu:

  • Secara dalam talian di Portal Rasmi BPR LHDNM di – https://bpr.hasil.gov.my; ATAU
  • Penghantaran Borang Rayuan BPR 2021 di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran secara janji temu.

 

Untuk kaedah dalam talian, pemohon boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Log Masuk pada menu MyBPR.
  • Log masuk MyBPR memerlukan ID dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini.
  • Klik pada ‘Permohonan Rayuan’.
  • Lengkapkan borang permohonan rayuan seperti yang diminta.

 

Bagi permohonan ini, pemohon juga dikehendaki memberikan/memuat naik dokumen sokongan bergantung kepada kod tidak lulus Permohonan BPR 2021.

Setelah membuat permohonan rayuan, semakan boleh dibuat di portal sama dengan klik Menu MyBPR > Maklumat Rayuan. Cetakan juga boleh dibuat pada Menu berkenaan.

Bagi maklumat terperinci tentang cara permohonan rayuan dan soalan-soalan lazim, boleh KLIK SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…