akaun fleksibel

Tidak semua layak buat pengeluaran dari Akaun Fleksibel KWSP: Ini penjelasan layak atau tidak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai insiatif dan bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan. Antaranya adalah melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah memperkenalkan pelbagai program dan kemudahan.

Terbaru adalah apabila pihak Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Penstrukturan Semula Akaun KWSP bagi memperkukuh pendapatan persaraan dan memenuhi keperluan kitaran hayat para ahli. Dengan penstrukturan semula akaun ini, ahli akan mempunyai tiga akaun iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel (Akaun 3).

Malah, ahli boleh membuat pengeluaran dari Akaun Fleksibel pada bila-bila masa sahaja. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan Akaun Fleksibel dan Penstrukturan Semula Akaun KWSP: –

Akaun Fleksibel KWSP

Penstrukturan Semula Akaun KWSP diperkenalkan bagi meningkatkan keselamatan pendapatan selepas persaraan dan menangani keperluan jangka pendek para ahli.

Melalui penstrukturan semula ini, Akaun 1 akan dikenali sebagai Akaun Persaraan dan ia hanya boleh dikeluarkan sebelum ahli mencapai usia 55 tahun. Akaun ini mengekal objektif utamanya iaitu mengumpul dan meningkatkan simpanan persaraan ahli dalam jangka masa panjang bagi kehidupan yang selesa selepas persaraan.

Manakala, Akaun 2 dinamakan sebagai Akaun Sejahtera dan simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan atas tujuan-tujuan tertentu seperti pendidikan, perumahan, insurans, kesihatan, haji dan pengeluaran usia 50 tahun.

Akaun Fleksibel pada asasnya membenarkan ahli mengeluarkan simpanan dalam akaun ini pada bila-bila masa dengan syarat-syarat tertentu. Akaun baru ini diperkenalkan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli. Akan tetapi, ahli sangat digalakkan untuk membuat pengeluaran dari akaun ini pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.

Pemindahan & Pengeluaran Akaun Fleksibel

Penstrukturan semula akaun KWSP ini bermula pada 11 Mei 2024. Selepas tarikh itu, caruman baru yang diterima ahli akan diagihkan mengikut nisbah 75% untuk Akaun Persaraaan, 15% untuk Akaun Sejahtera dan 10% untuk Akaun Fleksibel. Ini adalah contoh agihan caruman ke Akaun KWSP:

KWSP juga membuka permohonan pemindahan akaun permulaan bagi Akaun Fleksibel dari 12 Mei 2024 hingga 31 Ogos 2024. Jumlah permulaan dalam Akaun Fleksibel itu adalah tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera ahli, sama ada kurang daripada atau melebihi RM3,000 pada tarikh permohonan diproses.

  • Jika baki dalam Akaun Sejahtera RM3,000 dan ke atas, pemindahan akan dibuat seperti berikut:
    • Sepuluh per tiga puluh (10/30) daripada baki dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel;
    • Lima per tiga puluh (5/30) daripada baki dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Persaraan;
    • Lima belas per tiga puluh (15/30) akan dikekalkan dalam Akaun Sejahtera.
  • Jika baki dalam Akaun Sejahtera kurang dari RM3,000, pemindahan akan dibuat seperti di bawah:
    • Akaun Sejahtera yang mempunyai baki RM1,000 dan ke bawah, semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel;
    • Akaun Sejahtera yang mempunyai baki melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, amaun yang dipindahkan ke Akaun
    • Fleksibel adalah RM1,000, manakala baki selebihnya adalah kekal dalam Akaun Sejahtera.

 

Syarat-syarat Kelayakan Akaun Fleksibel

Namun begitu, mereka yang akan memiliki Akaun Fleksibel perlulah menepati syarat-syarat iaitu warganegara/bukan warganegara dan belum mencapai usia 55 tahun. Ini kerana, mereka yang berumur 55 tahun simpanan dalam Akaun 1 dan Akaun 2 akan digabungkan dalam Akaun 55. Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan ketika ahli berumur 55 tahun.

Jika ahli memilih untuk bekerja selepas usia 55 tahun, caruman selepas ini akan masukkan ke dalam Akaun Emas. Apabila ahli mecapai usia 60 tahun, simpanan dalam Akaun 55 (jika ada) dan Akaun Emas akan digabungkan dan boleh keluarkan oleh ahli pada bila-bila masa.

Ahli boleh membuat Pengeluaran Akaun Fleksibel sebaik sahaja akaun itu mempunyai simpanan minimum RM50. Jika jumlah dalam Akaun Fleksibel kurang RM50, pengeluaran tidak boleh dibuat.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Untuk maklumat lengkap dan teliti berkenaan Penstrukturan Semula Akaun KWSP dan Akaun Fleksibel, boleh rujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia: Tawaran Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia: Tawaran Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Jabatan Penerangan Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
RM300 Dikreditkan Setiap Bulan Secara Automatik: Ini Maklumat Bantuan e-Wallet BINGKAS

RM300 Dikreditkan Setiap Bulan Secara Automatik: Ini Maklumat Bantuan e-Wallet BINGKAS

Dalam kesibukan menjalani kehidupan moden, keperluan harian sering kali dianggap sesuatu yang biasa dan kurang diberi perhatian. Namun, tanpa kita…
RM200 Dikreditkan Semula Ke MyKad Bulan Depan (Mei 2025): Ini Senarai Penuh Penerima

RM200 Dikreditkan Semula Ke MyKad Bulan Depan (Mei 2025): Ini Senarai Penuh Penerima

Dalam konteks ekonomi Malaysia, istilah “B40” merujuk kepada kumpulan 40% rakyat yang berpendapatan terendah dalam negara. Menurut data rasmi, B40…