‘Tipu majikan & pura-pura sakit’: 3 pekerja kilang dipenjara kerana guna MC palsu

BUKIT MERTAJAM – Akibat menipu majikan dan menggunakan Sijil Cuti Sakit (MC) palsu, tiga orang pekerja kilang telah dijatuhi hukuman penjara lima hari oleh Mahkamah Majistret pada 29 Mac lalu.

Tertuduh, Muhammad Zulhakimi Masdi, 22 mengaku bersalah di hadapan Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha, manakala Mohamad Hazi Zainuddin, 28 dan Muhammad Amir Md Ishak, 19, juga mengaku bersalah di hadapan Majistret Mohd Zaki Abd Rahman, di Mahkamah Majistret berlainan.

Membaca hukuman kepada tertuduh, Majistret Sri Pracha memerintahkan Muhammad Zulhakimi menjalani hukuman penjara lima hari dan denda sebanyak RM3,500. Bagi Mohamad Hazi dan Muhammad Amir pula, masing-masing dihukum penjara lima hari dan denda sebanyak RM2,700.

Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka bertiga telah didakwa secara berasingan iaitu dengan curang menggunakan suatu dokumen palsu sebagai tulen.

Mengikut peruntukan Seksyen 465 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Difahamkan, sebelum ini pihak polis telah menerima laporan daripada seorang doktor yang mengesyaki tandatangan dan cop miliknya telah dipalsukan.

Doktor berkenaan juga mengesyaki terdapat individu yang bekerja di sebuah kilang telah memperdaya majikan mereka dengan mengemukakan Sijil Cuti Sakit (MC) palsu, tetapi menggunakan cop dan tandatangan miliknya.

Doktor tersebut pernah bekerja di Bahagian Pesakit Luar, Hospital Bukit Mertajam (HBM) dan telah tamat kontrak pada 2017.

Sumber: Astro Awani & Harian Metro.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…