TNB buka pelbagai kekosongan jawatan terkini: Tawaran gaji dari RM1,450 sehingga RM3,200

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEMBANTU TADBIR / SETIAUSAHA (KONTRAK) KS2
    • Gaji Pokok: RM1,450/sebulan
    • Elaun Elektrik: RM85/sebulan
    • Taraf Jawatan: 2 tahun Kontrak
  2. EKSEKUTIF / JURUTERA (KONTRAK) KE12
    • Gaji Pokok: RM3,200/sebulan
    • Elaun Elektrik: RM85/sebulan
    • Taraf Jawatan: 2 tahun Kontrak
  3. JURUTEKNIK (KONTRAK), GRED KT3
    • Gaji Pokok: RM2,050/sebulan
    • Elaun Elektrik: RM85/sebulan
    • Taraf Jawatan: 2 tahun Kontrak
  4. PENOLONG KANAN JURUTEKNIK (KONTRAK) KT2
    • Gaji Pokok: RM1,550/sebulan
    • Elaun Elektrik: RM85/sebulan
    • Taraf Jawatan: 2 tahun Kontrak

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia (Bukan dari kalangan Warga Kerja TNB atau Anak – Anak Syarikat TNB);
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan lulus enam (6) matapelajaran termasuk kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan lulus dalam mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
  • Mempunyai kelayakan dari peringkat Sijil kemahiran dari Politeknik hingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Boleh untuk ditempatkan di mana-mana negeri seluruh Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak;
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Mempunyai tahap kesihatan yang baik dengan BMI (Body Mass Index) tidak melebihi 30 serta tidak menghidap sebarang penyakit;
  • Tidak rabun warna;
  • Tidak merokok/ sebarang bentuk rokok elektronik;
  • Boleh bekerja dalam satu pasukan.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Dimaklumkan juga bahawa sebarang permohonan tanpa secara atas talian tidak akan dilayan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 20 MAC 2022, AHAD. 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…