Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Tourism Malaysia kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
- PERSONEL MYSTEP
- Taraf: Kontrak
- Penempatan: Ibu Pejabat, Putrajaya
- Gaji: RM1,800
- PERSONEL MYSTEP
- Taraf: Kontrak
- Penempatan: Unit Perundangan, Tourism Malaysia, Putrajaya
- Gaji: RM2,000
- PERSONEL MYSTEP
- Taraf: Kontrak
- Penempatan: Bahagian Komunikasi Korporat Tourism Malaysia, Putrajaya
- Gaji: RM2,000
- PERSONEL MYSTEP
- Taraf: Kontrak
- Penempatan: Ibu Pejabat, Putrajaya
- Gaji: RM2,000
- PERSONEL MYSTEP
- Taraf: Kontrak
- Penempatan: Ibu Pejabat, Putrajaya
- Gaji: RM1,600
MySTEP adalah program yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya. Tempohnya adalah selama 1 hingga 12 bulan di sektor awam dan 6 hingga 12 bulan di GLC.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Memiliki kelayakan dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
- Mampu bekerja di bawah tekanan dan penyeliaan yang minimum;
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Memohon
Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan mengisi Borang LPPM-1 (muat turun – DI SINI).
Pemohon juga perlu menyertakan dokumen-dokumen yang lengkap dan diakui sah benar oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional berdasarkan senarai semak yang dikemukakan bersama-sama borang permohonan. Dokumen hendaklah mengikut susunan di dalam senarai semak berkenaan.
Bagi pemegang Diploma atau Ijazah Sarjana Muda daripada Institut Pengajian Tinggi Swasta/Luar Negara, perlu mengemukakan sesalinan pengiktirafan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Pemohon boleh melayari laman web Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) – DI SINI bagi mendapatkan status pengiktirafan IPT.
Borang permohonan dan dokumen-dokumen yang lengkap kemudiannya hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23cm x 32cm dan di sudut sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan yang dimohon.
Ia seterusnya perlulah dihantar ke alamat:
Tourism Malaysia
Bahagian Sumber Manusia
Aras 9, No. 2, Menara 1
Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA
(u.p. : Unit Perancangan)
Hanya calon yang berjaya melepasi tapisan kelayakan akan dimaklumkan melalui e-mel untuk panggilan sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 25 FEBRUARI 2022, JUMAAT (5 PETANG).
Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.