Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan jawatan di UiTM adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
Lebih 60 jawatan dibuka untuk permohonan dengan tawaran gaji dari RM1,204 hingga RM14,063. Berikut adalah senarai sebahagian dari jawatan yang ditawarkan:
- PEGAWAI PERGIGIAN – UG41
- PEGAWAI OPTOMETRI – U41
- PEGAWAI UNDANG-UNDANG – L41
- PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – F41
- PEGAWAI PENILAIAN – W41
- PENOLONG BENDAHARI – W41
- PEGAWAI KESELAMATAN – KP41
- PENOLONG PENDAFTAR – N41
- PEGAWAI SUKAN – S41
- PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – FA29
- PENOLONG GRAFIK – B29
- PEGAWAI EKSEKUTIF – N29
- JURU X-RAY – U29
- PENOLONG ARKITEK LANDSKAP – JA29
- SETIAUSAHA PEJABAT – N29
- PEMBANTU KEMAHIRAN – H19
- JURUTEKNIK KOMPUTER – FT19
- PEMBANTU TADBIR KEWANGAN – W19
- PEMBANTU ARKIB – S19
- KERANI – N19
*Untuk senarai penuh jawatan-jawatan yang ditawarkan, rujuk DI SINI.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
*Untuk senarai penuh syarat-syarat kelayakan secara terperinci bagi setiap jawatan – KLIK SINI.
Cara Memohon
Bagi yang berkelayakan dan berminat, pemohon dikehendaki membeli nombor pin di Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 6 September 2021 hingga 24 September 2021, menggunakan nombor kad pengenalan pemohon sahaja di kaunter cawangan BSN dengan bayaran RM10.
Pemohon perlu menyatakan ‘Jawatan Kosong UiTM’ semasa pembelian nombor pin di kaunter BSN dan setiap pemohon hanya dibenarkan membeli satu (1) nombor pin sahaja.
Permohonan secara dalam talian (online) seterusnya boleh dibuat di sistem E-Pengambilan Staf UiTM (KLIK SINI).
Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 SEPTEMBER 2021 (JUMAAT).
Iklan rasmi kekosongan jawatan, boleh dirujuk DI SINI.