UiTM buka pelbagai kekosongan jawatan akademik & bukan akademik: Gaji RM1,218 – RM20,592

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di UiTM adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

Beberapa jawatan ditawarkan, antaranya:

  1. PROFESOR – GRED VK7
  2. PROFESOR MADYA – GRED DM53
  3. PENSYARAH KANAN – GRED DM51
  4. PENSYARAH – GRED DM45
  5. PEMBANTU PUSTAKAWAN – GRED S19
  6. PEMANDU – GRED H11

Syarat-syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) dan Bumiputera (Jawatan Pentadbiran).
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah sehingga Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) mengikut ketetapan syarat khusus setiap jawatan.
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

Penempatan

Universiti Teknologi Mara, Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah, Beting 72000, Kuala Pilah Negeri Sembilan

Cara memohon

Bagi yang berminat, iklan rasmi jawatan boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan pula boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan mengikut jenis jawatan –

 

Setiap permohonan juga mestilah disertai dengan salinan sijil-sijil mengikut susunan berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Sijil MCE/SPM,HSC/STPM atau setaraf
  • Ijazah / Diploma/ Sijil Politeknik atau setaraf
  • Surat Pengesahan tempoh pekerjaan dari majikan (jika ada untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
  • Dokumen berkaitan jawatan yang dipohon

 

Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:

  • Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).
  • Permohonan jawatan Profesor boleh dibuat melalui sistem ePengambilan Staf dengan mengisi borang Profesor Madya (sekiranya memiliki kelayakan Ph.D) dan Pensyarah (sekiranya memiliki kelayakan Sarjana).

 

Permohonan hendaklah dikemukakan ke alamat:

TIMBALAN PENDAFTAR, BAHAGIAN PENTADBIRAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, CAWANGAN NEGERI SEMBILAN, KAMPUS KUALA PILAH, BETING, 72000, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN. 

Tarikh tutup permohonan pada 09 JULAI 2021, JUMAAT, SEBELUM JAM 05.00 PETANG. 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…