Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis Kampus Arau kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan UiTM
PEGAWAI EKSEKUTIF (PENGURUSAN ASRAMA) N29
- Kumpulan: Pelaksana
- Taraf: Tetap
- Jadual Gaji: RM1,493 – RM5,672
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Perjawatan UiTM secara lengkap dan dilampirkan bersama salinan dokumen (disahkan) berikut:
- Salinan Kad Pengenalan dan sijil lahir;
- Salinan tamat persekolahan;
- Salinan sijil SPM / STPM / STAM atau setaraf;
- Salinan sijil Diploma/ Ijazah (sekiranya berkaitan);
- Surat Pengesahan tempoh pekerjaan dari majikan (jika ada untuk mengambil kira pengalaman kerja/ penetapan gaji.
Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri (atas) sampul surat dan dihantar ke alamat:
TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN PERLIS
02600 ARAU
PERLIS
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.