UKM Kesihatan buka kekosongan jawatan di pelbagai lokasi: Minima SPM, gaji RM1,200-RM1,499

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, kini UKM Kesihatan Sdn Bhd sebuah anak syarikat di bawah UKM Holdings sedang membuka kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di UKM Kesihatan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

Jawatan yang ditawarkan adalah sebagai PEMBANTU KLINIK:

  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Waktu kerja: Secara syif
  • Lokasi: Cheras, Shah Alam dan Putrajaya

 

Syarat-syarat kelayakan

Bagi lantikan jawatan, calon mestilah menepati syarat-syarat berikut:

  • Memeliki sekurangnya SPM/O Level/SKM Tahap 1/SKM Tahap 2/SKM Tahap 3 atau yang setaraf dan diiktiraf oleh Kerajaan.
  • Boleh menjalankan tugas-tugas pentadbiran.
  • Boleh mengikuti arahan dan sedia untuk belajar.

 

Deskripsi Tugas

Menjalankan tugas pentadbiran/klinikal di bawah arahan doktor dan penyelia/atasan. Tugas pentadbiran itu termasuk menjadualkan temu janji, menyimpan rekod perubatan, memberikan ubatan dan menerima bayaran seperti yang ditetapkan oleh doktor.

Cara memohon

Untuk maklumat iklan jawatan secara terperinci, ia boleh dilihat di laman MyFutureJobs dan permohonan juga boleh dibuat di laman sama dengan klik ‘Mohon’ pada jawatan yang hendak dimohon.

Bagaimanapun, pemohon dikehendaki mendaftar dahulu di portal berkenaan dan mengisi maklumat diri sebelum permohonan boleh dibuat. Pemohon diwajibkan mengisi maklumat diri, pendidikan, pengalaman dan sebagainya dengan tepat dan benar bagi melayakkan permohonan jawatan.

Hanya permohonan yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 JUN 2021. 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Di Malaysia, golongan pendapatan sering dikategorikan kepada B40, M40, dan T20. Istilah ini digunakan untuk merancang dasar ekonomi dan bantuan…
Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

Bersara merupakan satu fasa kehidupan yang dinantikan oleh kebanyakan individu setelah bertahun-tahun bekerja. Namun, kehidupan selepas bersara bukan sekadar berehat…