UKM Kesihatan buka pengambilan baru: Ini senarai jawatan dan cara memohon

UKM Kesihatan Sdn Bhd adalah anak syarikat kepada UKM Holdings Sdn Bhd yang ditubuhkan pada tahun 1999. Ia bertanggunggjawab dalam pengurusan bahagian perkhidmatan kesihatan di bawah UKM Holdings Sdn Bhd, antaranya seperti Pusat Pakar UKM atau lebih dikenali sebagai UKM Specialist Centre (UKMSC).

Selain itu, UKM Kesihatan Sdn Bhd juga menguruskan beberapa unit perniagaan lain seperti Optometri UKM Kesihatan, Poliklinik UKM Kesihatan, Farmasi UKM Kesihatan, Unit Pengurusan Implan, UKM K-Health dan Klinik Pakar Pergigian MERS.

Selaras dengan pengurusan dan perkembangan itu, kini UKM Kesihatan Sdn Bhd sedang mencari bakat-bakat baru bagi mengisi kekosongan yang dibuka.

Berikut antara jawatan yang ditawarkan:

  1. Ahli Farmasi Runcit (Retail Pharmacist)
  2. Pembantu Klinik
  3. Penyelia Stor
  4. Latihan Industri untuk pelajar pengajian perniagaan atau pentadbiran

 

Bagi jawatan yang ditawarkan, syarat kelayakan akademik adalah dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda bergantung kepada ketetapan jawatan.

Cara memohon:

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat lanjut iklan jawatan boleh didapati di PAUTAN INI dan permohonan boleh dibuat dengan klik ‘Apply Now’ pada jawatan di laman web berkenaan. Purata tempoh pemprosesan permohonan adalah selama 28 hari bergantung kepada keadaan.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…