UNISEL buka pengambilan jawatan kosong terkini: Gaji dari RM1,745.69 hingga RM4,004.84

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Selangor (UNISEL) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PENGATURCARA (F29)

  • Jabatan: Pusat Teknologi Informasi & Komunikasi
  • Kampus: Shah Alam
  • Status: Lantikan Secara Kontrak (1 Tahun)
  • Bilangan Kekosongan: 3 orang
  • Gaji: 
    • P1: RM1,745.69 – RM3,574.17
    • P2: RM1,826.02 – RM3,803.23
    • P3: RM1,909.77 – RM4,004.84

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh lantikan jawatan;
  • Mempunyai Diploma Teknologi Maklumat / Sains Komputer / Kejuruteraan Perisian dan yang setaraf dengannya;
  • Keperluan bahasa pengaturcara : ASP Classic, MSSQL, PHP, Laravel, dan MySQL;
  • Berpengetahuan dalam pembangunan sistem aplikasi kewangan / sumber manusia, sistem dan teknologi;
  • Mampu melaksanakan pelbagai tugas dalam satu masa yang terhad, selaras dengan keperluan organisasi;
  • Minat dalam pengaturcaraan;
  • Boleh bekerja selepas waktu pejabat dan pada hujung minggu; dan
  • Mampu menggunakan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan mengemukakan Borang Permohonan (muat turun – DI SINI) beserta gambar berukuran passport terkini, sijil-sijil yang telah disahkan dan Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi maklumat berikut:

  • Maklumat peribadi termasuk nombor kad pengenalan, alamat surat menyurat, nombor telefon dan e-mel
    untuk dihubungi;
  • Maklumat pendidikan dan pengalaman kerja;
  • Anugerah dan hadiah yang diterima di mana-mana peringkat;
  • Sumbangan-sumbangan kepada komuniti masyarakat / penduduk setempat / kariah dan sebagainya.

 

Ia kemudiannya hendaklah dihantar ke alamat (sila tulis nama jawatan dipohon di bahagian atas sebelah kanan sampul surat) berikut:

Pengarah Pentadbiran & Sumber Manusia
Universiti Selangor, Jalan Timur Tambahan
Kampus Bestari Jaya
45600 Bestari Jaya
Selangor

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pad 08 APRIL 2022, JUMAAT.

Hebahan rasmi iklan kekosongan jawatan, boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

UKM buka banyak tawaran jawatan kosong sesi Oktober 2023: Senarai jawatan & cara memohon

UKM buka banyak tawaran jawatan kosong sesi Oktober 2023: Senarai jawatan & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan…
Bantuan BMT RM800 mula disalurkan bulan depan: Senarai penuh penerima yang layak

Bantuan BMT RM800 mula disalurkan bulan depan: Senarai penuh penerima yang layak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…
Bantuan e-Dompet RM300 untuk B40 setiap bulan: Senarai mereka yang layak & cara memohon

Bantuan e-Dompet RM300 untuk B40 setiap bulan: Senarai mereka yang layak & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…