Universiti Islam Antarabangsa Malaysia buka pelbagai jawatan pentadbiran: Minima SPM layak memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan pentadbiran bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di UIAM adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

Beberapa jawatan dibuka, antaranya:

  1. Jururawat (Gred U-29) – Sultan Ahmad Shah Medical Centre @ IIUM, IIUM Kuantan Campus
  2. Dental Technologist (Grade U-29) – Kulliyyah of Dentistry, IIUM Kuantan Campus
  3. Jururawat (Gred U-29) – IIUM Health and Wellness Centre
  4. Pustakawan (Gred S-41) – Perpustakaan UIAM
  5. Pembantu Pustakawan (Gred S-19) – Perpustakaan UIAM
  6. Pembantu Pegawai Perubatan (Gred U-29) – IIUM Health and Wellness Centre

 

Syarat-syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki kelayakan dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan (boleh rujuk iklan rasmi).
  • Memperoleh Kepujian (sekurang-kurangnya C) dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (termasuk peperiksaan lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Mampu bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
  • Mampu bekerja dalam satu pasukan, komited dan berdedikasi untuk bekerja.
  • Perokok tidak digalakkan untuk memohon.

 

Cara memohon

Bagi yang berminat, maklumat iklan jawatan rasmi boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan pula hendaklah dikemukakan secara dalam talian (online) di laman sama.

Pemohon bagaimanapun perlu mendaftar dahulu di sistem berkenaan, mengisi maklumat diri, akademik, pengalaman dan sebagainya sebelum boleh mengemukakan sebarang permohonan.

Hanya pemohon yang melepasi tapisan dan menepati syarat-syarat kelayakan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada:

  • 31 Disember 2021
    • Jururawat (Gred U-29) – Sultan Ahmad Shah Medical Centre @ IIUM, IIUM Kuantan Campus
  • 23 Jun 2021
    • Dental Technologist (Grade U-29) – Kulliyyah of Dentistry, IIUM Kuantan Campus
  • 24 Jun 2021 
    • Jururawat (Gred U-29) – IIUM Health and Wellness Centre
  • 21 Jun 2021
    • Lain-lain jawatan yang disenaraikan

 

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu produk pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk membantu…