Universiti Islam Antarabangsa Malaysia buka pelbagai kekosongan: SPM hingga Ijazah layak memohon

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) adalah sebuah universiti yang ditubuhkan pada tahun 1983 dan telah membina nama di peringkat antarabangsa. Sebahagian daripada kos permulaan UIAM ditaja oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan beberapa negara Islam lain.

Kampus induk UIAM seluas 700 ekar terletak di Gombak, Selangor dan ia juga mempunyai dua kampus cawangan di Kuantan, Pahang serta Pagoh, Johor. UIAM ditubuh bagi menghidupkan kembali konsep pembelajaran secara Islam dan meluaskan bidang pilihan kepada umat Islam dalam pengajian peringkat tinggi.

Selaras dengan usahanya itu, UIAM kini telah membuka beberapa kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. Pegawai Tadbir – Gred N41
  2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) – Gred N19
  3. Penolong Jurutera – Gred JA29

 

Syarat kelayakan akademik bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus jawatan.

Calon juga hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara memohon:

Bagi calon yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan secara terperinci boleh didapati di: IIUM Online Recruitment dan permohonan turut boleh dibuat di laman sama.

Hanya pemohon yang menepati kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 MEI 2021. 

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…