Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) buka kekosongan terkini ~ Tawaran gaji RM2,283.43

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini sedang membuka kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di universiti berkenaan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PEGAWAI TADBIR – GRED N41

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional
  • Gaji: RM2,283.43
  • Taraf Jawatan: Kontrak

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusiinstitusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ; DAN
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Keutamaan diberi kepada calon yang:
    • Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang Sains Sosial (sekurang-kurangnya PNGK 2.75 ke atas) daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan/antarabangsa atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    • Mempunyai keterampilan yang baik serta kemahiran komunikasi.
    • Mempunyai kemahiran menguruskan database komputer seperti Excel dan Word.
    • Mempunyai kebolehan berinteraksi menggunakan sosial media dengan baik.
    • Kemahiran melaksanakan dan menguruskan program fakulti bersama rakan strategik.
    • Kemahiran berbahasa Inggeris dengan baik.
    • Berupaya membantu dalam penyediaan dokumen-dokumen rasmi.
    • Tugas-tugas lain berkaitan jaringan dan pemasaran.

 

Bidang Tugas

  • Merancang pelan pembangunan perniagaan abgi Unit Pengurusan Pengembangan Profesional & Pendidikan (U4P).
  • Menyusun strategi bagi penjanaan pendapatan U4P.
  • Merancang dan mengawal aliran kewangan U4P.
  • Membantu dalam menyelaraskan aktiviti U4P.
  • Menguruskan program U4P.
  • Melakukan jangkauan kepada pihak-pihak berpotensi untuk berkolaborasi.
  • Pengurusan data analitikal U4P.
  • Membantu dalam penyediaan dokumen-dokumen rasmi berkaitan U4P.
  • Menjalankan tugas-tugas lain berkaitan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

 

Cara Memohon

Kepada yang berminat, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan RESUME LENGKAP (dengan menyatakan sekurang-kurangnya DUA RUJUKAN) ke alamat e-mel: [email protected] dan “cc” kepada [email protected].

Hanya calon yang disenarai pendek dan menepati syarat-syarat kelayakan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga/ujian.

Maklumat rasmi iklan jawatan, boleh dirujuk DI SINI.

Tarikh tutup permohonan pada 18 OGOS 2021 (RABU).

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Rumah bukan sekadar tempat berlindung, tetapi juga simbol kestabilan dan kesejahteraan hidup. Memiliki kediaman yang selesa menjadi impian setiap individu,…
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Golongan B40 dan M40 merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. B40, yang merangkumi 40% penduduk dengan…