Universiti Kebangsaan Malaysia

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) buka pelbagai jawatan kosong: Gaji sehingga RM9,585

Pada ketika ini, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

  1. PEGAWAI KEWANGAN W41
    • Taraf Jawatan: Tetap/Kontrak
    • Jadual Gaji: RM2,094 – RM9,585
  2. PENOLONG PUSTAKAWAN S29
    • Taraf Jawatan: Tetap/Kontrak
    • Jadual Gaji: RM1,493 – RM5,672

Syarat-Syarat Kelayakan

PEGAWAI KEWANGAN W41

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Ijazah sarjana muda dalam bidang perdagangan atau pengajian perniagaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W41: RM2,094.00); atau
    • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang perdagangan atau pengajian perniagaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W41: RM2,300.73); atau
    • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W41: RM2,819.63); atau
    • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred W41: RM2,819.63); atau
    • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred W41: RM2,923.41); atau
    • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred W41: RM3,027.19).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

Senarai Keahlian Badan Perakaunan Yang Diiktiraf Oleh Kerajaan:

    • Malaysian Association of Certified Public Accountants;
    • Institute of Chartered Accountants of Scotland;
    • Institute of Chartered Accountants in England And Wales;
    • Institute of Chartered Accountants in Ireland;
    • Association of Chartered Certified Accountants (United Kingdom);
    • Institute of Chartered Accountants in Australia;
    • Australian Society of Certified Practising Accountants;
    • New Zealand Chartered Accountants;
    • Canadian Institute of Chartered Accountants;
    • Institute of Chartered Accountants of India;
    • Chartered Institute of Management Accountants (United Kingdom).

 

PENOLONG PUSTAKAWAN S29

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,493.00); atau
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,493.00); atau
    • Diploma Pengurusan Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,770.95).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan UKM.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menjalani proses saringan. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 22 Oktober 2024.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai bantuan-bantuan sehingga RM4,600 kepada rakyat Malaysia di bawah Belanjawan 2025

Senarai bantuan-bantuan sehingga RM4,600 kepada rakyat Malaysia di bawah Belanjawan 2025

Belanjawan tahunan adalah rancangan kewangan tahunan yang disediakan oleh Kerajaan bagi tempoh satu tahun. Belanjawan ini menggariskan jangkaan pendapatan dan…
Belanjawan 2025: Kerajaan setuju naikkan kadar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada RM4,600

Belanjawan 2025: Kerajaan setuju naikkan kadar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada RM4,600

Pada 18 Oktober 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat dengan tema “MEMBUGAR…
Pelbagai jawatan kosong Suruhanjaya Tenaga dengan gaji RM3,700 - RM5,500: Cara memohon

Pelbagai jawatan kosong Suruhanjaya Tenaga dengan gaji RM3,700 - RM5,500: Cara memohon

Pada ketika ini, Suruhanjaya Tenaga sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang dibuka. Pengambilan ini adalah…