Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) buka pelbagai jawatan tetap/kontrak ~ Gaji RM1,205 – RM13,256

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan bertaraf tetap dan kontrak bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di UKM adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

Jawatan-jawatan yang ditawarkan adalan:

  1. PEGAWAI PERUBATAN – UD51
    • Gaji: RM 5,860 – RM 12,449
  2. PEGAWAI PERUBATAN – UD53
    • Gaji: RM 6,182 – RM 13,256
  3. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – F41
    • Gaji: RM 2,315 – RM 9,618
  4. JURURAWAT- U29
    • Gaji: RM 1,797 – RM 5,753
  5. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN – U29
    • Gaji: RM 1,797 – RM 5,753
  6. PENGAWAL KESELAMATAN – KP11
    • Gaji: RM 1,205 – RM 2,939
  7. PENOLONG JURUTERA – JA29
    • Gaji: RM 1,549 – RM 5,701

Syarat-syarat kelayakan

Bagi lantikan, calon hendaklah

  • Warganegara Malaysia.
  • Berusia 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki kelayakan akdemik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PMR atau SPM mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

 

Maklumat syarat-syarat kelayakan bagi setiap jawatan secara terperinci, KLIK SINI.

Penempatan

Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM (HPKK UKM)

Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.

Cara memohon

Bagi yang berminat, maklumat iklan jawatan rasmi boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan pula hendaklah dibuat secara dalam talian (online) melalui Sistem Pengurusan Permohonan Jawatan (SPPJ) – KLIK SINI.

Pengguna sistem ini digalakkan menggunakan alamat e-mel gmail sahaja, bagi memudahkan proses permohonan. Hanya permohonan yang menepati syarat-syarat kelayakan dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Permohonan yang tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan boleh dianggap sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 01 JULAI 2021. 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…