Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) buka pengambilan baru: PMR hingga Ijazah layak memohon

Sebelum dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), ia terlebih dahulu dikenali sebagai Sultan Idris Training College (SITC) yang siap dibina pada tahun 1922. Pada tahun 1957 nama SITC ditukarkan kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), sebelum dinaiktaraf sebagai sebuah universiti pendidikan sehingga ke hari ini.

UPSI komited untuk membawa perubahan dalam pendidikan melalui penyebaran ilmu menerusi pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan khidmat masyarakat dalam konteks pembangunan modal insan cemerlang di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

Selaras dengan misinya itu, kini UPSI telah membuka pelbagai kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan – DG41
  • Pegawai Tadbir – N41
  • Jurutera – J41
  • Pegawai Kebudayaan – B41
  • Penolong Arkitek Landskap – JA29
  • Pembantu Awam – H11

 

Bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan, syarat kelayakan akademik jawatan adalah dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) hingga Ijazah Sarjana Muda mengikut keketapan khusus jawatan. Taraf jawatan pula adalan TETAP.

Cara memohon:

Bagi yang berminat, iklan jawatan secara terperinci boleh dirujuk DI SINI. Manakala, permohonan jawatan hendaklah dibuat secara atas talian di laman https://myjobs.upsi.edu.my/. Panduan penggunaan sistem berkenaan boleh dirujuk DI SINI.

Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, calon tidak perlu mendaftar semula di laman berkenaan, sebaliknya hanya perlu mengemaskini jawatan yang dimohon dalam akaun sedia ada.

Setelah permohonan lengkap diisi, pemohon dikehendaki:

  • Mencetak permohonan dan pastikan gambar berjaya dimuat naik/dilekatkan.
  • Sertakan salinan keputusan-keputusan peperiksaan, sijil-sijil Kokurikulum dan sebagainya yang berkaitan (yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas).
  • Dokumen berkenaan kemudianya dihantarkan ke alamat yang tertulis di bawah dan bukan diemel.
  • Pemohon yang terdiri daripada warga UPSI (kakitangan bertaraf tetap/kontrak/sementara) perlu menghantar permohonan bersama surat iringan kepada Unit Perjawatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BSM) melalui Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj).

 

Permohonan perlu dihantar ke alamat:

Unit Perjawatan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak

Hanya pemohon yang layak dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga. Pemohon juga disarankan untuk membuat semakan di bahagian “Semak Permohonan” di myjobs.upsi.edu.my bagi mengetahui status terkini permohonan.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi Unit Perjawatan, BSM di talian: 05-450 6328/6399/6339/6340.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 03 MEI 2021 (ISNIN).

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Bulanan JKM RM100 - RM1,000 Tahun 2025: Permohonan Masih Dibuka

Senarai Bantuan Bulanan JKM RM100 - RM1,000 Tahun 2025: Permohonan Masih Dibuka

Golongan B40 merujuk kepada 40% rakyat Malaysia yang berada dalam kumpulan pendapatan terendah. Mereka merupakan sebahagian besar daripada masyarakat yang…
Pengambilan Besar-Besaran Perkhidmatan Awam Negeri Selangor: Ini Senarai Jawatan Ditawarkan

Pengambilan Besar-Besaran Perkhidmatan Awam Negeri Selangor: Ini Senarai Jawatan Ditawarkan

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawatan kosong yang…
RM500 - RM2,500 Dibayar Bermula Fasa 1 hingga Fasa 4: Jadual Pembayaran STR Tahun 2025

RM500 - RM2,500 Dibayar Bermula Fasa 1 hingga Fasa 4: Jadual Pembayaran STR Tahun 2025

Dalam landskap ekonomi negara yang semakin mencabar, dua kumpulan masyarakat yang sering menjadi fokus dasar kerajaan ialah golongan B40 dan…