Universiti Putra Malaysia (UPM) buka pelbagai kekosongan terkini : Gaji RM1,205 – RM5,679

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Putra Malaysia (UPM) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di UPM adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

  1. PEMBANTU OPERASI – GRED N11
    • Gaji: RM1,216 – RM2,983
  2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN DAN OPERASI) – GRED N19
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  3. PENGAWAL KESELAMATAN – GRED KP11
    • Gaji: RM1,205 – RM2,939
  4. PENOLONG PEGAWAI SAINS – GRED C29
    • Gaji: RM1,505 – RM5,696
  5. PENOLONG PEGAWAI VETERINAR – GRED G29
    • Gaji: RM1,494 – RM5,674
  6. PEREKA 2 – GRED B29
    • Gaji: RM1,499 – RM5,679

Syarat-syarat kelayakan

Bagi lantikan jawatan, calon hendaklah:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur antara 18 hingga 35 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Diploma mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

*Maklumat kelayakan setiap jawatan secara terperinci, KLIK SINI

Penempatan

Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Jalan Nyabau, Peti Surat 396, 97008 Bintulu, Sarawak.

Cara memohon

Bagi yang berminat, maklumat terperinci iklan kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI, manakala permohonan pula hendaklah dibuat secara atas talian di laman: ejobs-UPM.

Calon bagaimanapun perlu mendaftar dahulu di sistem berkenaan, mengisi maklumat diri, kelayakan dan sebagainya dengan tepat serta lengkap bagi memudahkan urusan permohonan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 25 JULAI 2021. 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Golongan B40 atau 40% isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Dalam konteks ekonomi negara, mereka adalah kumpulan yang paling terkesan…
Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…