Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) buka pelbagai kekosongan jawatan ~ Kelayakan minima SPM

Khabar gembira kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) kini sedang membuka kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di USAS adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

  1. PEKERJA AM KHAS – GRED N11
  2. PENSYARAH – GRED DS45
  3. PENOLONG PENSYARAH – GRED DS41
  4. PEMBANTU TADBIR
  5. GURU TUISYEN

Syarat-syarat kelayakan

Calon bagi lantikan, hendaklah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
  • Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

*Syarat-syarat kelayakan terperinci untuk setiap jawatan, KLIK SINI.

Penempatan

Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Bukit Chandan, 33000 Bandar DiRaja, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.

Cara memohon

Bagi yang berminat, iklan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati di portal: MyFutureJobs dan permohonan juga boleh dibuat di portal sama. Dimaklumkan juga bahawa pemohon perlu mendaftar dahulu di portal berkenaan sebelum boleh mengemukakan permohonan.

Pemohon turut digalakkan menggunakan komputer atau mengaktifkan mode Desktop Site di browser telefon pintar bagi memudahkan akses permohonan di portal berkenaan.

Hanya calon yang layak dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 05 JULAI 2021, kecuali bagi jawatan Pembantu Tadbir yang pada 09 JULAI 2021.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…