universiti

Universiti Teknologi MARA (UiTM) buka pelbagai jawatan kosong: Gaji RM1,797 – RM9,544

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Universiti Teknologi MARA (UiTM)

  1. PEGAWAI PSIKOLOGI S41
    • Jadual Gaji: RM2,078 – RM9,544
  2. JURURAWAT U29
    • Jadual Gaji: RM1,797 – RM5,753

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA secara lengkap dan dilampirkan bersama salinan dokumen-dokumen (disahkan) yang dinyatakan di hebahan rasmi.

Ia kemudiannya hendaklah dihantar ke alamat:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SARAWAK
KAMPUS SAMARAHAN
94300 KOTA SAMARAHAN
SARAWAK
NO.TEL: 082-677 200/677 000

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan borang permohonan boleh dirujuk DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM700 Untuk Golongan B40 Setiap Tahun: Permohonan Masih Dibuka

Bantuan RM700 Untuk Golongan B40 Setiap Tahun: Permohonan Masih Dibuka

Di Malaysia, golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah yang berada pada kedudukan terendah dari segi pendapatan. Mereka kebiasaannya…
RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Berdasarkan data rasmi, isi…
Pelbagai Jawatan Kosong MARDI Tahun 2025: Kelayakan SPM Hingga Diploma

Pelbagai Jawatan Kosong MARDI Tahun 2025: Kelayakan SPM Hingga Diploma

Pada ketika ini, Insititut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan…