Khabar gembira kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) kini sedang membuka beberapa kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan jawatan di UiTM Cawangan Pahang ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat jawatan
- PEGAWAI EKSEKUTIF (N29)
- Gaji: RM1,493 – RM5,672
- KERANI (N19)
- RM1,352 – RM4,003
- PEMANDU (H11)
- RM1,218 – RM2,939
- PENGAWAL KESELAMATAN (KP11)
- RM1,205 – RM2,939
Syarat-syarat kelayakan
Bagi lantikan, calon hendaklah:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Diploma mengikut ketatapan khusus setiap jawatan.
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga atau Sijil Pelajaran Malaysia mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
*Untuk maklumat terperinci syarat-syarat setiap jawatan, KLIK SINI.
Cara memohon
Bagi yang ingin memohon, permohonan boleh dibuat dengan mengisi BORANG PERMOHONAN (KLIK SINI) dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen berikut:
- Salinan Kad Pengenalan dan sijil lahir
- Salinan tamat persekolahan sekolah rendah / sijil UPSR
- Salinan tamat persekolahan menengah rendah SRP / PMR
- Salinan Sijil PMR/SPM / STPM atau setaraf
- Salinan Sijil Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD beserta Transkrip dan Skrol
- Surat pengesahan tempoh pekerjaan dari majikan (jika ada) untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji
Borang yang lengkap dan dokumen-dokumen kemudiannya perlu dihantar ke:
TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG, KAMPUS JENGKA
26400 BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA
PAHANG DARUL MAKMUR
NO.TEL : 09-4602000 / 4602033
Maklumat rasmi iklan jawatan boleh dirujuk DI SINI. Tarikh tutup permohonan pada 09 OGOS 2021 (ISNIN).