Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) adalah salah sebuah universiti awam Malaysia yang terletak di negeri Johor. Ia turut merupakan salah satu daripada empat buah institusi pengajian tinggi dalam pengkhususan teknikal yang dikenali sebagai Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).
Bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang professional dan berdaya saing, UTHM komited dalam menawarkan program-program pendidikan secara sepenuh masa dan sambilan bagi pelajar-pelajar lepasan SPM, STPM, Matrikulasi, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana atau yang setaraf meliputi bakal pelajar dari dalam dan luar negara.
Selaras dengan kedudukan dan peranannya itu, kini UTHM telah membuka pelbagai kekosongan jawatan (Pentadbiran) bagi diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.
Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan:
- PEGAWAI KESELAMATAN – KP48
- JURUAUDIT – W48
- PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – F41
- PUSTAKAWAN – S41
- PEGAWAI PERGIGIAN – UG41
- JURUAUDIT – W41
- PENOLONG PEGAWAI SAINS – C29
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR – N29
- PENOLONG AKAUNTAN – W29
- PEMBANTU KESELAMATAN – KP19
- PEMBANTU TADBIR (HAL EHWAL ISLAM) – N19
- PEMBANTU PUSTAKAWAN – S19
- PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM – S19
- PEMBANTU AWAM (PENYELAMAT) – H11
- PEMBANTU OPERASI – N11
Berkenaan dengan syarat kelayakan jawatan-jawatan yang ditawarkan, ia adalah dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus jawatan. Taraf jawatan pula terbahagi kepada SEMENTARA/TETAP/KONTRAK.
Cara memohon:
Bagi permohonan jawatan, calon hendaklah merupakan warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan, serta tidak lebih 54 tahun pada tarikh lantikan.
Kepada yang berminat, maklumat iklan kekosongan secara lebih terperinci boleh didapati di PAUTAN INI. Manakala, permohonan pula hendaklah dibuat secara atas talian di laman: Penjawatan UTHM.
Borang Permohonan dan salinan dokumen sokongan berkaitan jawatan yang dipohon tidak perlu dikemukakan kepada pihak UTHM. Sebaliknya, ia hanya perlu dikemukakan selepas calon dihubungi pihak UTHM untuk menghadiri temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 17 MEI 2021 (sebelum jam 3pm).
_____
Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021