Universiti Utara Malaysia buka pengambilan kakitangan baru: Ini senarai jawatan & cara memohon

Universiti Utara Malaysia (UUM) adalah universiti awam keenam Malaysia dan telah ditubuhkan pada 16 Februari 1984. Terletak di Sintok, Kedah, objektif utama penubuhan universiti ini adalah bagi melatih dan melahirkan kumpulan profesional yang sangat diperlukan dalam bidang perniagaan, pengurusan dan sains sosial untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Selaras dengan usaha dan misinya itu, kini UUM telah membuka pelbagai kekosongan jawatan yang sedia untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. Penol​ong Pegawai Teknologi Maklumat – Gred FA29
  2. Penolong Jurutera – Gred JA29
  3. Penolong Akauntan – Gred W29
  4. Pegawai Kebudayaan – Gred B19
  5. Juruteknik Komputer – Gred FT19
  6. Pembantu Kemahiran – Gred H19
  7. Pembantu Tadbir (Perkeranian/operasi) – Gred N19
  8. Pembantu Akauntan – Gred W19
  9. Pembantu Keselamatan – Gred KP19
  10. Pengawal Keselamatan – Gred KP11

 

Bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan, syarat kelayakan adalah dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Diploma mengikut keketapan khusus jawatan.

Cara memohon:

Bagi yang berminat, iklan penuh jawatan boleh didapati PAUTAN INI dan permohonan boleh dibuat secara atas talian di laman: PERJAWATAN UUM. Pemohon perlu mendaftar dahulu di laman berkenaan, sebelum boleh memohon jawatan yang diingini.

Hanya seorang individu sahaja boleh mendaftar untuk satu login di laman berkenaan dan ia terbuka kepada semua individu yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 APRIL 2021. 

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jumlah bayaran SARA bulan Jun 2025 yang dikreditkan ke Kad Pengenalan (MyKad)

Jumlah bayaran SARA bulan Jun 2025 yang dikreditkan ke Kad Pengenalan (MyKad)

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Dalam situasi ekonomi semasa…
Lebih 20 Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) Tahun 2025: Gaji Sehingga RM11,110

Lebih 20 Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) Tahun 2025: Gaji Sehingga RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Malaya (UM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…
Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025: Semakan Status & Jadual Pembayaran

Jumlah Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025: Semakan Status & Jadual Pembayaran

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu kos sara hidup yang semakin meningkat menjadi topik perbualan hangat di kalangan rakyat Malaysia.…