UPNM buka pengambilan kakitangan baru: Pelbagai jawatan ditawarkan, mohon sekarang

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada asalnya adalah Akademi Tentera Malaysia (ATMA) yang ditubuhkan pada 1 Jun 1995. Ia menjalankan program pengajian di peringkat Sarjana Muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

ATMA kemudiannya dinaiktaraf menjadi UPNM pada 10 November 2006 dan program akademik yang ditawarkannya adalah setanding dengan IPTA luar dan dalam negara. Falsafah UPNM adalah menjadi sebuah institusi nasional primier berdedikasi dalam menghasilkan pemimpin berintelektual yang menyerlah serta bersifat terpuji dan komited untuk berbakti sepenuhnya kepada negara dalam menjayakan kelangsungan kepentingan strategik negara.

Selaras dengan usaha dan peranannya itu, UPNM kini telah membuka pelbagai kekosongan jawatan dalam kategori akademik dan bukan akademik untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. Pensyarah Universiti – Gred DS51/DS53/VK7
  2. Pensyarah Perubatan – Gred DU51/DU53/DU55/VK7
  3. Pegawai Perubatan – Gred UD43
  4. Jurutera – Gred J41
  5. Pegawai Tadbir – Gred N41
  6. Pustakawan – Gred S41
  7. Penolong Pegawai Sains – Gred C29
  8. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat – Gred FA29
  9. Penolong Pegawai Tadbir – Gred N29
  10. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam – Gred S29
  11. Penolong Pegawai Perubatan – Gred U29
  12. Jurufotografi/Juruvideo – Gred B19
  13. Pembantu Keselamatan – Gred KP19
  14. Pembantu Pembedahan Pergigian – Gred U19
  15. Pengawal Keselamatan – Gred KP11

 

Bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan, syarat kelayakan akademik adalah dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Doktor Falsafah (PhD) mengikut ketetapan khusus jawatan.

Cara memohon:

Kepada yang berminat, maklumat iklan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati DI SINI. Untuk permohonan pula, ia hendaklah dilakukan secara atas talian di sistem e-recruitment UPNM.

Pemohon perlu mendaftar dahulu di sistem berkenaan, melengkapkan maklumat permohonan dan resume sebelum membuat permohonan jawatan yang diingini. Dokumen asal dan salinan yang telah disahkan hanya perlu dikemukakan pada hari temu duga.

Manakala, bagi permohonan untuk jawatan akademik, pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Jawatan Akademik (UPNM.PEND.HRM.001). Borang yang lengkap diisi perlu disertakan bersama salinan yang disahkan oleh Pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Kumpulan A) bagi dokumen/sijil berikut:

  • Resume terkini
  • Kad Pengenalan
  • Sijil-sijil Akademik (SPM/STPM/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/PhD)
  • Sijil-sijil Ko-kurikulum / Penglibatan NGO
  • Testimonial/Pengesahan Kerja daripada majikan (bagi pekerja swasta / industri)
  • Slip gaji terakhir (jika masih berkhidmat)

 

Satu set permohonan yang telah lengkap hendaklah diposkan ke alamat:

Unit Perjawatan, Pengambilan dan Laluan Kerjaya (Akademik)
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur

*Jawatan yang dipohon hendaklah ditulis di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

Hanya pemohon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Mei 2021. 

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…