USIM buka permohonan banyak jawatan kosong: Tawaran gaji dari RM1,205 hingga RM9,643

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. JURUTERA/ ARKITEK/ JURUUKUR BAHAN/ ARKITEK LANDSKAP – J41
    • Gaji: RM2,529 – RM9,643
  2. PEGAWAI TADBIR – N41
    • Gaji: RM2,080 – RM9,546
  3. PEGAWAI TADBIR (SUKAN) – N41
    • Gaji: RM2,080 – RM9,546
  4. PEGAWAI TADBIR (PSIKOLOGI) – N41
    • Gaji: RM2,080 – RM9,546
  5. JURUTERAPI PERGIGIAN – U36
  6. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (HAL EHWAL ISLAM) – N29
    • Gaji: RM1,493 – RM5,672
  7. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (PEREKA) – N29
    • Gaji: RM1,493 – RM5,672
  8. PENOLONG PEGAWAI TADBIR (PENERBIT RANCANGAN) – N29
    • Gaji: RM1,493 – RM5,672
  9. PENOLONG AKAUNTAN – W29
    • Gaji: RM1,498 – RM5,678
  10. JURUTEKNIK KOMPUTER – FT19
    • Gaji: RM1,377 – RM4,052
  11. PEMBANTU KEMAHIRAN (KAYU) – H19
    • Gaji: RM1,377 – RM4,052
  12. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – N19
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  13. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN – U19
    • Gaji: RM1,360 – RM4,052
  14. PEMANDU KENDERAAN – H11
    • Gaji: RM1,218 – RM2,939
  15. PENGAWAL KESELAMATAN – KP11
    • Gaji: RM1,205 – RM2,939

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PMR atau SPM mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan ingin memohon, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Permohonan Jawatan USIM – DI SINI.

Setiap permohonan yang dihantar akan dikenakan caj permohonan sebanyak RM10 melalui sistem mypayment. Panduan permohonan dan maklumat terperinci tentang jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipelawa untuk menghadiri ditemuduga.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 06 MAC 2022, AHAD.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan, boleh rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…
Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…