UTHM buka pelbagai kekosongan jawatan terkini ~ Gaji dari RM1,352 hingga RM9,643

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. JURUUKUR BAHAN – J41
    • Taraf jawatan: Kontrak
    • Gaji: RM2,529 – RM9,643
  2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – FA29
    • Taraf jawatan: Sementara/Tetap
    • Gaji: RM1,549 – RM5,684
  3. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT – N19
    • Taraf jawatan: Sementara/Tetap
    • Gaji: RM1,352 – RM 4,003
  4. PEMBANTU AKAUNTAN – W19
    • Taraf jawatan: Sementara/Tetap
    • Gaji: RM1,353 – RM4,005
  5. PEMBANTU TADBIR (HAL EHWAL ISLAM) – N19
    • Taraf jawatan: Sementara/Tetap
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

*Senarai penuh syarat-syarat kelayakan setiap jawatan, KLIK SINI

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) di UTHM Perjawatan Online – DI SINI.

Calon bagaimanapun perlu mendaftar dahulu di sistem berkenaan, sebelum membuat sebarang permohonan jawatan yang ditawarkan.

Dimaklumkan juga bahawa Borang Permohonan serta salinan dokumen sokongan berkaitan jawatan yang dipohon tidak perlu dikemukakan kepada pihak UTHM. Hanya calon yang dihubungi oleh pihak UTHM sahaja perlu mengemukakan dokumen sokongan berkaitan.

Hanya calon yang berjaya dan melepasi tapisan sahaja yang akan dihubungi bagi tujuan pemilihan/temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 22 NOVEMBER 2021, ISNIN (sebelum jam 3 petang). 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…