UTM buka pengambilan banyak jawatan terkini: Gaji dari RM1,493 sehingga RM9,620

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL – DV19
    • Gaji: RM2,271 – RM4,725
  2. PEGAWAI PENERBITAN – NA41
    • Gaji: RM2,080 – RM9,546.
  3. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – FA29
    • Gaji: RM1,549 – RM5,684
  4. PENOLONG JURUUKUR – JA29
    • Gaji: RM1,549 – RM5,701
  5. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA – J41
    • Gaji: RM2,529 – RM9,643
  6. PEGAWAI KEWANGAN – WA41
    • Gaji: RM2,094 – RM9,585
  7. PEREKA – B41
    • Gaji: RM2,095 – RM9,587
  8. JURUTERA – J41
    • Gaji: RM2,529 – RM9,643
  9. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN – W29
    • Gaji: RM1,498 – RM5,678
  10. JURUUKUR BAHAN – J41
    • Gaji: RM2,529 – RM9,643
  11. PENOLONG PEGAWAI PERANCANGBANDAR DAN DESA – JA29
    • Gaji: RM1,549 – RM5,701
  12. PEGAWAI PENILAIAN – W41
    • Gaji: RM2,094 – RM9,585
  13. PUSTAKAWAN – SA41
    • Gaji: RM2,078 – RM9,544
  14. PEGAWAI TADBIR – N41
    • Gaji: RM2,080 – RM9,546
  15. PENOLONG PEGAWAI TADBIR – N29
    • Gaji: RM1,493 – RM5,672
  16. PENOLONG JURUTERA – JA29
    • Gaji: RM1,549 – RM5,701
  17. PEGAWAI SAINS – C41
    • Gaji: RM2,317 – RM9,620
  18. PEREKA – BA29
    • Gaji: RM1,499 – RM5,679

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Diploma sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Permohonan Jawatan UTM – DI SINI.

Kepada yang belum mendaftar di sistem berkenaan, pendaftaran perlu dibuat terlebih dahulu sebelum permohonan sebarang jawatan boleh dikemukakan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 13 FEBRUARI 2022, AHAD (5 PETANG).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Ini Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Ini Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…