UUM buka pengambilan banyak jawatan kosong terkini: Gaji RM1,205 hingga RM9,870

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Utara Malaysia (UUM) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEGAWAI KEWANGAN (JURUAUDIT) – GRED W48/52
    • Gaji: RM5,161 (Gred W48) & RM5,795 (Gred W52)
  2. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – GRED F41
    • Gaji: RM2,315 – RM9,618
  3. PEREKA – GRED B41
    • Gaji: RM2,095 – RM9,870
  4. PUSTAKAWAN – GRED S41
    • Gaji: RM2,078 – RM9,544
  5. PEMBANTU KEMAHIRAN – GRED H19
    • Gaji: RM1,377 – RM4,052
  6. PEMBANTU KESELAMATAN – GRED KP19
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  7. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT – GRED N19
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  8. PEMBANTU PUSTAKAWAN – GRED S19
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  9. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN – GRED U19
    • Gaji: RM1,360 – RM4,052
  10. PENGAWAL KESELAMATAN – GRED KP11
    • Gaji: RM1,205 – RM2,939

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PMR atau SPM mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

 

Cara Memohon

Kepada yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan ingin memohon, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem Permohonan Jawatan Kosong UUM – DI SINI.

Bagi pengguna baru, pemohon dikehendaki mendaftar dahulu dan mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem berkenaan.

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipelawa untuk menghadiri ditemuduga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 23 FEBRUARI 2022, RABU.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan, boleh rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Musim persekolahan baharu semakin menghampiri, dan ibu bapa pastinya sibuk membuat persiapan bagi memastikan anak-anak memulakan sesi persekolahan dengan lancar.…
Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
STR RM2,500 Dikreditkan Ke Akaun Bank atau Boleh Diambil Secara Tunai: Senarai Semak Penerima

STR RM2,500 Dikreditkan Ke Akaun Bank atau Boleh Diambil Secara Tunai: Senarai Semak Penerima

Keperluan rakyat merupakan elemen asas dalam membentuk sebuah masyarakat yang sejahtera dan negara yang maju. Setiap individu mempunyai keperluan asas…