[Video] Berhari raya di musim PKP: Ini panduan lengkap Solat Hari Raya Aidilfitri di rumah

Seperti yang semua maklum, Kerajaan telah pun mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara mulai 12 Mei hingga 7 Jun 2021. Dengan pelaksanaan PKP ini, ia sudah semestinya menghadkan jumlah jemaah di masjid/surau bagi pelaksaan Solat Fardu dan Sunat.

Oleh itu, dapat dijangkankan juga ramai di kalangan umat Islam di negara ini tidak berpeluang hadir ke masjid/surau untuk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri. Untuk maklumat, hukum Solat Hari Raya Aidilfitri adalah Sunat Muakkad (sunat yang amat dituntut).

Menurut kenyataan dari Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menunaikan solat hari raya di rumah sama ada secara bersendirian atau secara berjemaah adalah harus dan sah. Dalam masa sama, disunatkan juga bagi mereka yang melakukan solat hari raya secara berjemaah di rumah untuk imam mereka membaca khutbah raya selepas solat hari raya selesai dilakukan.

Gambar: Ismaweb.net

Oleh itu, berikut adalah tatacara persiapan sebelum menunaikan Solat Sunat Aidilfitri:

  • Disunat mandi, sekalipun dia tidak mahu hadir solatnya kerana ia hari berhias.
  • Sunat makan sebelum menunaikan solat.
  • Yang lebih utama adalah tamar dan dengan bilangan ganjil.
  • Tidak makruh solat sunat sebelumnya selepas naik matahari.
  • Sunat menghidupkan malam raya dengan ibadat. Terhasil demikian itu dengan menghidupkan sebahagian besar malamnya.

 

Kaedah pelaksanaan Solat Sunat Aidilfitri:

1. Solat dilaksanakan sebanyak dua rakaat.

2. Lafaz niat bagi yang mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri secara berjemaah:

Lafaz niat bagi yang mengerjakan solat sunat Aidilfitri secara bersendirian:

3. Hukum pada rukun-rukun, syarat-syarat dan sunat-sunat seperti sembahyang-sembahyang yang lain.

4. Solat dimulakan dengan Takbiratul Ihram dengan niat sembahyang Hari Raya Aidilfitri.

5. Rakaat pertama

  • Lafaz takbir 7 kali
    • Diselangi dengan lafaz tasbih Subhanallahi walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar (Maha suci Allah, dan segala puji bagi allah dan tiada tuhan melainkan Allah. Dan Allah yang maha besar)
  • Membaca al-Fatihah
  • Membaca surah pilihan
  • Rukuk, sujud dan berdiri dengan pergerakan solat seperti biasa

 

6. Rakaat kedua

  • Lafaz takbir 5 kali
    • Diselangi dengan lafaz tasbih Subhanallahi walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar (Maha suci Allah, dan segala puji bagi allah dan tiada tuhan melainkan Allah. Dan Allah yang maha besar)
  • Membaca al-Fatihah
  • Membaca surah pilihan
  • Rukuk, sujud dan tahiyat (pergerakan dan bacaan seperti solat biasa)
  • Salam

7. Doa

8. Sunat berkhutbah

 

Bagaimanpun, untuk mereka yang melakukan solat ini secara bersendiri, mereka tidak dituntut untuk berkhutbah kerana tidak ada orang lain yang akan mendengarnya. Dalam masa sama, bagi wanita yang menunaikan Solat Hari Raya secara berjemaah sesama mereka, imam juga tidak perlu berkhutbah (merujuk kepada rukun dan sunat khutbah) dan memadai sekadar tazkirah dan peringatan ringkas sahaja.

Sumber: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan & Jabatan Mufti Perak.

Boleh juga rujuk video di bawah:

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pada ketika ini, Kementerian Komunikasi (Pengisian Di Istana Budaya) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…