Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada memperkenalkan program Bantuan Orang Tua (BOT) kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas. Mereka yang layak akan menerima bantuan kewangan bulanan sebanyak RM350, yang sedikit sebanyak diharapkan boleh membantu dan meringankan beban mereka yang memerlukan.

Syarat-syarat kelayakan

Bagi setiap permohonan, JKM akan menilai sekiranya pemohon memenuhi kelayakan seperti berikut:

  • Berumur 60 tahun ke atas
  • Tiada sumber pendapatan untuk menyara hidup
  • Tiada ahli keluarga atau mempunyai keluarga yang tidak berkemampuan untuk menampung/memberi sumbangan
Boleh pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat yang terdekat. Gambar: Foursquare.

Cara permohonan

Bagi yang ingin membuat permohonan, pemohon boleh terus pergi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian tempat pemohon tinggal. Jika berlaku sebarang kesukaran untuk menghadirkan diri ke pejabat JKM, pemohon juga boleh membuat permohonan melalui surat, panggilan telefon atau e-mel kepada pihak JKM.

Bagi memudahkan lagi urusan permohonan, pemohon digalakkan untuk mengemukakan dokumen sokongan seperti kad pengenalan, salinan kad pengenalan ahli keluarga (yang tinggal bersama), salinan penyata gaji (jika ada), gambar berukuran passport dan dokumen sokongan lain (jika ada).

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, pemohon atau wakil boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di kawasan masing-masing atau melawat laman web jabatan berkenaan – di sini.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…
Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Musim tengkujuh merupakan fenomena cuaca yang berlaku secara tahunan di Malaysia, terutamanya antara bulan November hingga Mac. Ia biasanya dikaitkan…