yadim

YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 – RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

PENOLONG PENGARAH (GRED 41)

  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Jadual Gaji: RM2,078 – RM9,544

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia dan beragama Islam;
  • Calon lelaki diberi keutamaan;
  • Berumur tidak kurang dari 24 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau luar negara dengan kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang – kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Berpengalaman dalam urusan dakwah sekurang-kurangnya 1 tahun dan boleh menyampaikan ceramah dengan baik serta terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan di lapangan adalah satu kelebihan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui pautan yang disediakan di hebahan rasmi. Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Hanya calon yang mengisi maklumat yang lengkap dan memenuhi kriteria yang layak sahaja dipertimbangkan untuk disenarai pendek.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 30 JUN 2024.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

YADIM adalah salah satu agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Idea penubuhannya dicetuskan oleh Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussin, YAB Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada 1 Muharam 1394, iaitu 25 Januari 1974 yang bertujuan menyelaraskan kegiatan badan-badan dakwah serta NGO agar berjalan seiring dan sejajar dengan dasar negara serta menjadi pemangkin ke arah penyebaran dakwah di Malaysia.

Visi YADIM adalah sebagai peneraju gerakan dakwah di Malaysia secara inklusif dan bertindak sebagai sebuah badan dakwah bertaraf antarabangsa. Misinya pula untuk menyebarluas kegiatan dakwah menerusi kebajikan, pendidikan dan sosial untuk meninggikan martabat Islam dan kesejahteraan ummah.

Fungsi teras agensi ini adalah seperti berikut:

  • Melahirkan Pendakwah yang berpengetahuan dan berkemahiran berasaskan kepada model Malaysia;
  • Menyelaraskan kegiatan NGO Islam dan rakan strategik dalam memasyarakatkan dakwah;
  • Menggalakkan masyarakat berlumba-lumba membuat kebaikan dengan memberi kefahaman, pengamalan dan penghayatan Islam melalui kegiatan dakwah dalam aspek pendidikan, sosial dan kebajikan.

 

YADIM juga telah mencapai pensijilan ISO 9001:2008 pada 8 Jan 2009 dan ini kerana komitemen dan profesionalisme yang ditunjukkan oleh tenaga kerja YADIM daripada semua peringkat dan semua jabatan. Ia turut Menganjurkan aktiviti-aktiviti bertaraf Antarabangsa seperti Multaqa Ulama Sedunia (2003), Alumni Al-Azhar (2003) dan Seminar Ahli Sunnah Waljamaah (2005).

Selain itu, YADIM telah menganjurkan Program Dakwah Negara dengan pelaksanaan 35 program yang bertumpu di Universiti Kebangsaan Malaysia (2014). Antara program yang dimuatkan adalah Kongres NGO Islam, Konvensyen Muamalah, Bicara Sakinah, Ijtimak Ahlu Sunnah wal Jamaah, Muzakarah Jenayah Syariah dan Konvensyen Kepimpinan.

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu produk pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk membantu…