Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Yayasan FELDA kini sedang membuka beberapa kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
- TENAGA PENGAJAR KURSUS PENYEDIAAN & PEMBUATAN MAKANAN
- Taraf: Kontrak
- Kekosongan: 2
- PEGAWAI PENILAI KURSUS PASTRI
- Taraf: Kontrak
- Kekosongan: 2
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 21 tahun;
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya, kredit Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia;
- Mempunyai kelayakan akademik sekurangnya Diploma dalam bidang berkaitan mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
*Bagi senarai penuh syarat-syarat kelayakan setiap jawatan, KLIK SINI.
Bidang Tugas
TENAGA PENGAJAR KURSUS PENYEDIAAN & PEMBUATAN MAKANAN
- Bersedia melaksanakan tugas dengan menyampaikan syarahan dengan jelas mengikut Standard Kemahiran Pekerjaan;
- Bertanggungjawab menyelia pelajar di dalam pembelajaran di bilik kuliah/amali dan aktiviti sukan serta program rasmi di luar kolej;
- Memantau pelajar dengan merekod di dalam buku log;
- Menyediakan kemudahan yang sesuai untuk pengajaran, pembelajaran, bank soalan, WIM dan lain-lain;
- Memberi bimbingan dan kaunseling kepada pelatih yang dirujuk dari semasa ke semasa;
- Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan kandungan modul berkaitan;
- Menjalankan kajian dari semasa ke semasa bagi tujuan merancang program dan menganalisa keperluan kursus.
PEGAWAI PENILAI KURSUS PASTRI
- Menyediakan laporan prestasi akademik pelajar dan penilaian kursus melibatkan analisa dan pencapaian pembelajaran;
- Menguruskan segala urusan peperiksaan yang berkaitan;
- Bertanggungjawab mendapatkan pelajar untuk memenuhi kapasiti mengikut kursus masing-masing;
- Bertanggungjawab melahirkan pelajar yang berkualiti dan cemerlang;
- Menghadiri mesyuarat/bengkel/latihan yang telah di tetapkan oleh Pengurusan dan Jabatan
Cara Memohon
Bagi yang berminat, iklan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati di portal: MyFutureJobs dan permohonan juga boleh dibuat di portal sama.
Pemohon turut digalakkan menggunakan komputer atau mengaktifkan mode Desktop Sitedi browser telefon pintar bagi memudahkan akses permohonan di portal berkenaan.
Hanya calon yang layak dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 06 NOVEMBER 2021 (SABTU).