Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) buka pengambilan kakitangan baru: Minima SPM boleh memohon

Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) ditubuhkan di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada tahun 2011 yang segala urusan dan tugasan berkaitannya ditadbir oleh Kumpulan MAIS Corporation (KMC), anak syarikat milik penuh MAIS bagi menguruskan hal-ehwal Yayasan.

Selepas itu, YIDE terus berkembang maju selaras dengan fokusnya terhadap bantuan pendidikan dan bantuan kecemasan kepada masyarakat sekiranya berlaku malapetaka atau bencana alam. Antara pencapaiannya adalah ia telah mengambilalih dan mengurus selia lima buah Pusat Dialisis MAIS yang sebelum ini di bawah pengurusan MAIS Dialisis Sdn Bhd.

Asas penubuhan Pusat Dialisis MAIS adalah untuk menyediakan perkhidmatan rawatan dialisis yang terbaik disamping menerapkan unsur keIslaman kepada semua pesakit yang mengalami masalah kegagalan buah pinggang.

Kini YIDE telah membuka beberapa kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang dibuka dan syarat kelayakannya:

  1. Pemandu Dialisis
    • Memiliki sekurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf.
    • Memiliki lesen memandu yang sah
    • Terbuka kepada calon lelaki sahaja dan tidak lebih 40 tahun.
  2. Jururawat terlatih 
    • Memiliki sekurangnya Diploma Kejururawatan/Diploma Pembantu Perubatan dan Sijil APC 2020/2021.
    • Terbuka kepada lulusan baru dan yang mempunyai pengalaman
    • Terbuka kepada calon lelaki dan wanita.

 

Cara memohon:

Kepada calon yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan boleh didapati di portal: MyFutureJobs dan permohonan juga boleh dibuat di portal sama dengan klik ‘Mohon’ pada jawatan yang hendak dimohon.

Pemohon bagaimanapun perlu mendaftar terlebih dahulu di laman berkenaan dan mengisi maklumat yang diminta sebelum boleh membuat permohonan. Pemohon digalakkan menggunakan komputer ketika membuat permohonan atau aktifkan mode Desktop Site di browser telefon pintar bagi memudahkan akses permohonan di portal berkenaan.

Tarikh tutup permohonan pada 04 JUN 2021. 

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Pengeluaran penuh Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP 2024: Syarat-syarat & Cara Memohon

Pengeluaran penuh Akaun 1 dan Akaun 2 KWSP 2024: Syarat-syarat & Cara Memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
LADA buka banyak jawatan kosong, ambilan Julai 2024: Minima PMR/SPM, Gaji sehingga RM9,585

LADA buka banyak jawatan kosong, ambilan Julai 2024: Minima PMR/SPM, Gaji sehingga RM9,585

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) kini sedang membuka pengambilan banyakJ jawatan kosong bagi melancarkan…
Bantuan RM250 Sekaligus (one-off): Syarat-Syarat, Borang Permohonan & Cara Memohon

Bantuan RM250 Sekaligus (one-off): Syarat-Syarat, Borang Permohonan & Cara Memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…