Yayasan Sultan Idris Shah (YSIS) buka pelbagai kekosongan jawatan: Senarai jawatan & cara memohon

Yayasan Sultan Idris Shah (YSIS) ditubuhkan pada tahun 1982 iaitu sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi fokus dalam membantu pemulihan kanak-kanak dan dewasa kurang upaya. Melalui perjalanan panjang itu, YSIS telah berjaya mengendalikan 12 Pusat Pemulihan Berasaskan Komuniti secara individu di seluruh negeri Perak.

Selaras dengan peranannya itu, kini YSIS telah membuka pelbagai kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Maklumat jawatan

  1. Ahli Terapi Pekerjaan (Occupational Therapist)
  2. Pembantu Tadbir
  3. Penyelenggaraan (Maintenance)
  4. Ahli Terapi Pertuturan (Admin Assistant)

 

Syarat kelayakan untuk jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah dari peringkat Diploma sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan. Taraf jawatan yang ditawarkan adalah tetap.

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat iklan jawatan secara terperinci boleh didapati di portal: MyFutureJobs dan permohonan juga boleh dibuat di portal sama.

Dimaklumkan juga bahawa pemohon perlu mendaftar dahulu di portal berkenaan sebelum boleh mengemukakan sebarang permohonan.

Pemohon turut digalakkan menggunakan komputer atau mengaktifkan mode Desktop Site di browser telefon pintar bagi memudahkan akses permohonan di portal berkenaan.

Hanya calon yang layak dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 JUN 2021.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM700 Untuk Golongan B40 Setiap Tahun: Permohonan Masih Dibuka

Bantuan RM700 Untuk Golongan B40 Setiap Tahun: Permohonan Masih Dibuka

Di Malaysia, golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah yang berada pada kedudukan terendah dari segi pendapatan. Mereka kebiasaannya…
RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

RM50 - RM200 Dibayar Secara Berperingkat Bermula Fasa 1: Tidak Perlu Memohon

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Berdasarkan data rasmi, isi…
Pelbagai Jawatan Kosong MARDI Tahun 2025: Kelayakan SPM Hingga Diploma

Pelbagai Jawatan Kosong MARDI Tahun 2025: Kelayakan SPM Hingga Diploma

Pada ketika ini, Insititut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan…