89.2 peratus masih dengan simpanan konvensional? Ini cara tukar ke Simpanan Syariah KWSP

Seperti mana yang kita tahu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru ini telah mengumumkan dividen tahun 2020 sebanyak 5.20 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 4.90 peratus bagi Simpanan Shariah. Dalam masa sama, nampaknya masih ramai yang tidak tahu atau sedar dengan kewujudan dua jenis simpanan ini.

Menurut satu laporan, dianggarkan 89.2 peratus pencarum KWSP muslim masih lagi dengan simpanan konvensional dan angka itu boleh dikatakan besar dari jangkaan ramai pihak. Oleh itu, bagi mereka yang berkeinginan atau tergerak hati ingin bertukar ke simpanan konvensional – ia sebenarnya boleh saja dilakukan. Malah caranya juga agak mudah.

Berikut adalah dua cara untuk bertukar/daftar ke Simpanan Syariah KWSP:

1. Kuanter cawangan KWSP

Melalui cara ini, ahli boleh pergi ke mana-mana cawangan KWSP berdekatan dan berurusan di kuanter. Dokumen yang diperlukan hanyalah Kad Pengenalan.

2. Secara atas talian (i-Akaun)

Cara ini lebih mudah dan tidak banyak membuang masa. Caranya ahli yang telah mendaftar dengan i-Akaun KWSP hanya perlu:

  • Log masuk ke laman i-akaun KWSP
  • Pergi ke tab ‘Simpanan Syariah’
  • Klik ‘Daftar Sekarang/Register Now’
  • Kemudiannya ahli hanya perlu mengikuti proses yang ditetapkan.

 

Setelah selesai, ahli hanya perlu menunggu untuk dimaklumkan bilakah Simpanan Syariah itu akan berkuatkuasa.

Sumber: KWSP dan Majalah Labur.

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Program Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Tahun 2025

Memiliki rumah sendiri merupakan impian kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga baharu. Ia bukan sahaja simbol kestabilan hidup,…
Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…