Ini cara memohon bantuan kewangan RM700/setahun untuk setiap rakyat Malaysia dari golongan B40

Seperti mana yang telah dimaklumkan kepada masyarakat sebelum ini, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan dalam usaha membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan itu termasuklah yang diberikan khusus kepada golongan B40 melalui sebuah skim yang diperkenalkan sejak Belanjawan 2020 iaitu Skim Perlindungan Masyarakat mySalam.

MySalam pada asasnya adalah sebuah inisiatif kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 6.8 juta individu rakyat Malaysia. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan skim ini: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
  • Penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM);
  • Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bantuan mySalam

  • Pembayaran tunai RM8,000: Sekali bayar (one-off) apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal (baca sini untuk senarai);
  • Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti.

Cara Membuat Tuntutan

Bagi membuat tuntutan pendapatan elaun gentIan hospitalisasi sehingga RM700 setahun, ia boleh dilaksanakan dengan tatacara berikut:

  • Langkah 1: Layari portal rasmi mySalam (DI SINI) dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan);
  • Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
  • Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
    • Salinan Nota Discaj
    • Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
    • Langkah 4: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan

 

Manakala bagi tuntutan penyakit kritikal, ia boleh dibaca – DI SINI.

Bagi maklumat terperinci dan lengkap berkenaan mySalam, ia boleh dirujuk melalui portal rasmi mySalam atau di PAUTAN INI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…