Permohonan bantuan kewangan zakat MAINPP dibuka sehingga 22 April 2022: Ini cara memohonnya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh badan-badan kerajaan merangkumi hal berkaitan perniagaan, keluarga, pendidikan dan sebagainya.

Salah satu bantuan itu termasuklah dari Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) yang memperkenalkan Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang untuk sesi tahun 2022.

Bantuan ini diberikan kepada pelajar yang berkelayakan di peringkat pengajian Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah. Berikut adalah penerangan lanjut mengenainya: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Wargangara Malaysia;
  • Beragama Islam;
  • Bermastautin di Negeri Pulau Pinang sekurang-kurangnya selama tiga bulan;
  • Tidak mendapat bantuan/tajaan pembiayaan atau biasiswa dari mana-mana pihak kecuali Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Bantuan Kewangan Negeri Pulau Pinang;
  • Melanjutkan pelajaran di institusi yang disenarai dalam Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

 

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan dermasiswa ini boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi Zakat Pulau Pinang – DI SINI.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi Bahagian Institut dan Pendidikan, Zakat Pulau Pinang, MAINPP di talian: 04-5498125/155 atau ke alamat e-mel: [email protected].

Sebarang keputusan atau perubahan adalah berdasarkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Dermasiswa Pengajian dan Pendidikan Zakat Pulau Pinang.

Bagi maklumat lengkap dan terperinci berkenaan bantuan zakat dari Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…