Terbuka khas untuk golongan B40: Ini syarat-syarat & cara memohon Bantuan MAINS

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif kepada mereka yang memerlukan. Ia termasuklah melalui Kerajaan Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah sebuah bantuan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang dikenali sebagai Bantuan Keusahawanan kepada golongan fakir, miskin dan B40 yang ingin berdikari dan meningkatkan taraf ekonomi. Berikut adalah penjelasan lanjut mengenainya: –

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Beragama Islam;
  • Bermastautin di Negeri Sembilan;
  • Perniagaan merupakan sumber utama;
  • Perniagaan dijalankan sepenuh masa oleh;
  • Tertakluk kepada pengiraan had kifayah.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan Bantuan Keusahawanan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Am Kebajikan.

Borang permohonan itu boleh didapati melalui kaunter-kaunter Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Daerah. Borang permohonan juga boleh dimuat turun secara atas talian – DI SINI.

Borang yang lengkap kemudiannya perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami/ isteri/ penjaga;
  • Salinan Sijil Kelahiran/ Kad Pengenalan tanggungan pemohon;
  • Salinan Sijil Nikah/ Surat Cerai/ Sijil Kematian jika ada;
  • Salinan Bil Air / Elektrik tempat tinggal pemohon yang terkini;
  • Salinan Slip Gaji / Pengesahan Pendapatan pemohon dan pasangan;
  • Salinan Buku Akaun/ Penyata Akaun Bank (milik pemohon);
  • Salinan Lesen Berniaga/ Lesen Pendaftaran SSM/ Lesen Nelayan;
  • Salinan Penyata KWSP (jika berkenaan);
  • Penyata Bank Pinjaman Perumahan/ Pengesahan Tuan Rumah;
  • Sebutharga barang dari kedai (jika berkenaan).

 

Semua salinan dokumen berkenaan mestilah disahkan oleh Imam Masjid/Pengerusi Masjid/ Pengerusi Jawatankuasa Komuniti.

Untuk maklumat lengkap dan lanjut berkenaan bantuan ini boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…