BKM Fasa 2 telah selesai: Ini pula tarikh dan senarai jumlah bayaran untuk BKM Fasa 3 & Fasa 4

Melalui Belanjawan 2022, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Antaranya termasuklah sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

BKM pada asasnya merupakan bantuan kewangan bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. BKM Fasa 1 dan 2 telah pun disalurkan kepada yang layak pada bulan Mac dan Jun lalu.

Oleh itu, ini adalah maklumat berkenaan dengan pembayaran dan tarikh bagi BKM Fasa 3 dan 4 yang akan dilaksanakan selepas ini: –

Jumlah Bayaran BKM Fasa 3 & Fasa 4

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 0: RM200 (Fasa 3) & RM300 (Fasa 4)
    • Bilangan anak 1 – 2: RM300 (Fasa 3) & RM600 (Fasa 4)
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM400 (Fasa 3) & RM600 (Fasa 4)
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM100 (Fasa 3) & RM100 (Fasa 4)
    • Bilangan anak 1 – 2: RM100 (Fasa 3) & RM200 (Fasa 4)
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM100 (Fasa 3) & RM300 (Fasa 4)

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 0: RM500 (Fasa 3) & RM300 (Fasa 4)
    • Bilangan anak 1 – 2: RM600 (Fasa 3) & RM600 (Fasa 4)
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM700 (Fasa 3) & RM900 (Fasa 4)
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 0: RM400 (Fasa 3) & RM100 (Fasa 4)
    • Bilangan anak 1 – 2: RM400 (Fasa 3) & RM200 (Fasa 4)
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM400 (Fasa 3) & RM300 (Fasa 4)

Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 1 – 2: RM800 (Fasa 3) & RM600 (Fasa 4)
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM900 (Fasa 3) & RM900 (Fasa 4)
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Bilangan anak 1 – 2: RM600 (Fasa 3) & RM600 (Fasa 4)
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM200 (Fasa 3) & RM300 (Fasa 4)

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Fasa 3: RM150
    • Fasa 4: Tiada

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Fasa 3: RM150
    • Fasa 4: RM150

Tarikh Pembayaran

Bagi pembayaran BKM Fasa 3 dan Fasa 4, bulan yang ditetapkan adalah pada September dan Disember 2022. Akan tetapi, tarikh rasmi pembayaran masih belum dimaklumkan oleh pihak Kerajaan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Bagi maklumat lengkap dan teperinci berkenaan BKM, sila rujuk di portal rasmi BKM atau DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia 2025, Dibuka Sehingga 5 November 2025

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Jawatan Kosong Besar-Besaran MUIP Oktober - November 2025: Senarai Jawatan Ditawarkan

Pada ketika ini, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai…
Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…