Semua kategori layak menerima BKM Fasa 3: Ini senarai jumlah bayaran & tarikh pembayaran

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah bantuan kewangan bersasar kerajaan kepada rakyat Malaysia di bawah Belanjawan 2022. Ia melibatkan jumlah kewangan berdasarkan tingkat pendapatan penerima dari kalangan B40 dan M40.

Bagi pembayaran BKM Fasa 1 dan 2, ia telah pun selesai disalurkan kepada yang layak pada bulan Mac dan Jun lalu. Berikut pula adalah makkumat lanjut berkenaan BKM Fasa 3 yang kita perlu tahu:

Jumlah Bayaran BKM Fasa 3

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Jumlah anak 0: RM200
    • Jumlah anak 1 – 2: RM300
    • Jumlah anak lebih 3: RM400
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Jumlah anak 0: RM100
    • Jumlah anak 1 – 2: RM100
    • Jumlah anak lebih 3: RM100

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Jumlah anak 0: RM500
    • Jumlah anak 1 – 2: RM600
    • Jumlah anak lebih 3: RM700
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Jumlah anak 0: RM400
    • Jumlah anak 1 – 2: RM400
    • Jumlah anak lebih 3: RM400

Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Jumlah anak 1 – 2: RM800
    • Jumlah anak lebih 3: RM900
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Jumlah anak 1 – 2: RM600
    • Jumlah anak lebih 3: RM600

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan RM0 – RM2,500
    • Pembayaran BKM Fasa 3: RM150

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

  • Pendapatan RM0 – RM5,000
    • Pembayaran BKM Fasa 3: RM150

Tarikh Bayaran BKM Fasa 3

Berkenaan dengan tarikh pembayaran BKM Fasa 3, ia akan dilaksanakan pada bulan September 2022. Namun begitu, tarikh rasmi pembayaran masih belum dimaklumkan oleh Kerajaan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Bagi maklumat lengkap dan semakan kelulusan BKM, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi BKM – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…