Bayaran dari RM100 hingga RM900: Ini senarai penerima & tarikh BKM Fasa 3 akan dibayar

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan.

Salah satunya adalah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2022 sebanyak 4 fasa pembayaran pada tahun ini. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan BKM Fasa 3:

Jumlah Bayaran BKM Fasa 3

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Jumlah anak 0: RM200
    • Jumlah anak 1 – 2: RM300
    • Jumlah anak lebih 3: RM400
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Jumlah anak 0: RM100
    • Jumlah anak 1 – 2: RM100
    • Jumlah anak lebih 3: RM100

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Jumlah anak 0: RM500
    • Jumlah anak 1 – 2: RM600
    • Jumlah anak lebih 3: RM700
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Jumlah anak 0: RM400
    • Jumlah anak 1 – 2: RM400
    • Jumlah anak lebih 3: RM400

Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Jumlah anak 1 – 2: RM800
    • Jumlah anak lebih 3: RM900
  • Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
    • Jumlah anak 1 – 2: RM600
    • Jumlah anak lebih 3: RM600

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan RM0 – RM2,500
    • Pembayaran BKM Fasa 3: RM150

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

  • Pendapatan RM0 – RM5,000
    • Pembayaran BKM Fasa 3: RM150

Tarikh Bayaran

Berkenaan dengan pembayaran BKM Fasa 3, ia dijangka akan dilaksanakan pada akhir bulan September 2022 seperti mana tarikh pembayaran fasa-fasa sebelumnya.

Untuk pelbagai lagi maklumat lengkap dan semakan kelulusan BKM, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi BKM – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pada ketika ini, Kementerian Komunikasi (Pengisian Di Istana Budaya) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…