Selain BKM, ini tarikh Bantuan-Bantuan Kerajaan lain yang akan dilaksanakan pada bulan September ini

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan.

Oleh itu, berikut adalah senarai bantuan-bantuan kerajaan yang akan dilaksanakan pada bulan September 2022:

BKM Fasa 3

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada asasnya adalah sebuah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Bagi pembayaran BKM Fasa 3, ia melibatkan pelbagai kategori penerima dan akan dibayar pada bulan September 2022. Info lanjut boleh dibaca DI SINI.

Bantuan Tablet Percuma

Bantuan peranti (tablet) percuma ini dikenali sebagai Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40 layak membuat permohonan skim bantuan ini. Dimaklumkan juga bahawa permohonannya Fasa 2 telah pun dibuka bermula pada 01 Ogos 2022 lalu dan akan ditutup pada 30 September 2022.

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

BMT pula adalah sebuah bantuan kewangan daripada RISDA dengan jumlah sebanyak RM600. Ia akan dibayar sebanyak dua fasa iaitu pada bulan November dan Disember 2022 (kadar setiap fasa RM300).

Dimaklumkan bahawa permohonan BMT akan ditutup pada 15 September 2022, manakala permohonan rayuan pula akan dibuka bermula pada 16 September hingga 31 September 2022.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan Tahun 2025: Terbuka Kepada Calon Lelaki & Wanita

Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan Tahun 2025: Terbuka Kepada Calon Lelaki & Wanita

Pada ketika ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong…
Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…