Masih ramai belum terima bayaran BKM Fasa 3? Ini senarai bank – bank yang telah dikreditkan

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada asasnya merupakan sebuah bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2022 bagi membantu meringankan beban rakyat dalam menghadapi kehidupan seharian.

Seperti mana yang diumumkan oleh pihak Kerajaan, pembayaran BKM Fasa 3 telah pun dikreditkan ke akaun bank penerima secara berperingkat bermula pada 20 September 2022 lalu.

Berdasarkan tinjauan di media sosial, masih ramai yang belum menerima pembayaran di akaun bank masing-masing. Namun, terdapat juga yang telah menerima pembayaran mereka.

Oleh itu, berdasarkan dapatan melalui hantaran-hantaran di media sosial, antara bank yang telah dikreditkan pembayaran BKM Fasa 3 adalah Bank Simpanan Nasional (BSN), Public Bank (di negeri-negeri tertentu), Ambank (di negeri-negeri tertentu), manakala bank-bank lain masih dalam proses pembayaran.

Tuntutan Tunai BKM Fasa 3

Untuk tuntutan tunai BKM Fasa 3 pula, ia boleh dibuat mulai 20 September 2022 di kaunter cawangan-cawangan BSN seluruh negara dengan membawa Kad Pengenalan bagi tujuan pengesahan.

Bagi yang tidak dapat menghadiri kaunter, hanya wakil yang telah didaftar sahaja yang boleh mewakili penerima bagi penunaian BKM.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Semak Status Pembayaran BKM Fasa 3

Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan status pembayaran BKM Fasa 3, ia boleh disemak melalui Portal Rasmi BKM dengan tatacara berikut:

  • Log Masuk
  • Isi No MyKad/ID Pengguna di ruang yang disediakan
  • Sahkan kata kunci keselamatan
  • Isi Kata Laluan di ruang yang disediakan
  • Klik pada semakan status.

 

Dimaklumkan juga bahawa pembayaran BKM Fasa 3 dijangka selesai pada 27 September ini.

Untuk maklumat lengkap berkenaan BKM, sila rujuk di portal sama atau DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…