Bantuan BSS RM5000

Kerajaan negeri setuju teruskan Bantuan BSS RM5,000 pada tahun depan: Ini adalah penjelasannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah Bantuan Sihat Selangor (BSS) yang telah diperkenalkan sejak tahun 2009 oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2023 berkata, pihak Kerajaan Selangor akan meneruskan bantuan ini pada tahun 2023 dengan peruntukan sebanyak RM5 juta.

Kadar BSS

Melaluinya, golongan yang kurang berkemampuan akan diberikan bantuan kewangan sehingga RM5,000 untuk menampung kos rawatan kesihatan seperti dialisis buah pinggang, pembedahan katarak mata, pembedahan kecil, rawatan kanser, talasemia serta bantuan alatan perubatan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Lahir di Negeri Selangor atau Bermastautin melebihi 10 tahun;
  • Pendapatan isi rumah TIDAK MELEBIHI RM3,000;
  • Keutamaan kepada pemohon yang tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak;
  • Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai tanggungan ramai, ketua keluarga meninggal, ahli keluarga yang sakit atau golongan Orang Kurang Upaya (OKU);
  • Rawatan bagi Katarak Mata, Kanser, Pembedahan Kecil dan lain-lain rawatan perubatan hanya dilaksanakan di Hospital Kerajaan sahaja;
  • Permohonan bantuan Pembedahan Kecil dan Katarak Mata perlu memohon sebulan lebih awal daripada tarikh pembedahan;
  • Tuntutan Bayaran dan tunggakan ke atas sesuatu bil rawatan yang telah dibayar tidak dipertimbangkan;
  • Permohonan berkaitan Kos Perjalanan dan Sumbangan Kewangan tidak dipertimbangkan;
  • Penjawat Awam dan Keluarga Pegawai seperti takrifan di dalam PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2009 tidak dapat dipertimbangkan;
  • Setiap pemohon hanya dibernarkan membuat permohonan sekali sahaja setiap tahu;
  • Pemohon yang mendapat kelulusan PEKA B40 tidak akan dipertimbangkan;
  • Permohonan bagi ubat-ubatan yang boleh didapati daripada hospital awam tidak akan dipertimbangkan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga: 

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan BSS boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Bantuan Sihat Selangor.

Bagaimanapun, permohonan bagi tahun 2022 telah pun ditutup pada 30 September lalu.

Permohonan baru BSS akan dibuka semula pada tahun hadapan selaras dengan pelaksanaan Belanjawan Selangor 2023.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk DI SINI, manakala maklumat lebih tepat berkenaan Belanjawan Selangor 2023 DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Jawatan Kosong Perkhidmatan Awam Sesi Julai 2025: Maklumat Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Putrajaya kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…