IKIM

Pengambilan pelbagai jawatan kosong dibuka di IKIM: Jadual gaji RM2,092 – RM9,768

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan Kosong IKIM

  1. PEGAWAI TADBIR GRED N41
    • Kumpulan: Pengurusan & Profesional
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Jadual Gaji: RM2,524 – RM9,768
  2. PEMBANTU TEKNIK PENYIARAN GRED JA29
    • Kumpulan: Pelaksana
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Jadual Gaji: RM2,092 – RM5,830

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan kekosongan jawatan hendaklah dibuat dengan mengemukakan  surat permohonan berserta keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

Institut Kefahaman Islam Malaysia
2, Langgak Tunku, Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
(U.P: Unit Modal Insan)
No. Tel: 03-62046374 Faks: 03-62014189

Salinan  sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 15 DISEMBER 2022, KHAMIS.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…
Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Musim tengkujuh merupakan fenomena cuaca yang berlaku secara tahunan di Malaysia, terutamanya antara bulan November hingga Mac. Ia biasanya dikaitkan…
STR Fasa 3: Jumlah Bayaran, Penerima dan Tarikh Pembayaran

STR Fasa 3: Jumlah Bayaran, Penerima dan Tarikh Pembayaran

Dalam landskap ekonomi Malaysia yang semakin mencabar, dua kumpulan yang sering menjadi tumpuan dalam perbincangan dasar dan kebajikan ialah golongan…