Bantuan Khas

Bantuan Khas Kewangan RM700 telah dikreditkan ke akaun: Berikut mereka yang layak menerimanya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Ia termasuklah adalah Bantuan Kewangan Khas (BKK) yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Persekutuan seperti mana diumumkan di bawah Belajawan Mini 2023 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini:-

Bantuan Khas Kewangan

Berkenaan dengan kadar pembayaran bantuan kewangan ini, mereka yang layak akan menerima RM700 dan RM350 secara ‘one-off’.

Berikut adalah mereka yang layak menerima bantuan ini:

  • RM700: Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 17 Januari 2023.
  • RM350: Pesara kerajaan yang sedang menerima pencen, penerima pencen terbitan, pesara perkhidmatan awam skim KWSP dan veteran berpencen serta tidak berpencen.

 

Dalam masa sama, pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana termasuk pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS) juga layak menerima bantuan RM700.

Malah, mereka yang diambil bertugas di bawah MySTEP dan masih berkhidmat pada tarikh 17 Januari 2023 turut akan menerima bantuan sama.

Manakala, pegawai perkhidmatan awam yang meninggal dunia pada 17 Januari 2023 juga layak menerima BKK 2023.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Baca juga:

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pembayaran bantuan kewangan ini akan dilaksanakan pada 17 Januari 2023.

Jumlah itu akan dikreditkan ke dalam akaun bank para penerima dan boleh disemak pada hari sama atau keesokan harinya.

Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi JPA– DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu produk pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk membantu…